Pulang dan berdepan kes, kata polis kepada Sajjad

Dari Penulis

POLIS akan menyiasat setiap aspek termasuk dakwaan Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman dibantu individu lain yang melarikan diri ke Thailand.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, siasatan dan maklumat akan diserahkan kepada pihak berkuasa berkaitan bagi menentukan kaedah terbaik agar sempadan negara tidak mudah dibolosi mana-mana individu.

“Kami tidak mahu lagi kejadian seperti  berlaku pada Nur Sajat yang berjaya melarikan diri dari sempadan negara berulang.

“Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga,” katanya pada sidang media sindiket curi lori di sebuah gudang di Jalan Batu Arang, Rawang hari ini.

Abd Jalil Hassan pada sidang media berhubung kes curi dan ubah suai lori di Rawang hari ini./ Gmabar media sosial Bernama.

Abd Jalil berkata, Muhammad Sajjad telah dituduh oleh pihak berkuasa Thailand di bawah Akta Imigresen negara itu, namun dia memohon taraf pelarian Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

“Mereka (UNHCR) sedang berusaha membolehkan dia dianggap sebagai pelarian di Thailand,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Sajjad sudah ditahan di Thailand, mahu ‘berlindung’ di Australia

PDRM sahkan usaha bawa pulang Sajjad sedang giat dilakukan

Abd Jalil berkata, pihaknya sedang berusaha bersama Kementerian Luar dan pejabat Peguam Negara untuk proses mengekstradisi ahli perniagaan kosmetik itu ke Malaysia.

“Terpulang kepada pihak berkenaan untuk memberi kuasa kepada polis bagi membolehkan dibawa pulang melalui proses undang-undang Malaysia dan antarabangsa.

“Polis menasihatkan Nur Sajat, sekiranya dia dengar berita ini, kami minta dia pulang dengan cara baik bagi berhadapan kes yang perlu dilaluinya,” katanya.

Tanda tanya mengenai Muhammad Sajjad terungkai semalam apabila Harian Metro memaklumkan usahawan kosmteik itu sah berada di Bangkok dan sudah ditahan pihak berkuasa Thailand kerana kesalahan imigresen.

Muhammad Sajjad menjadi buruan pihak berkuasa Malaysia selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan kerana gagal hadir pada sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Pada 15 Jun lepas, polis turut menjejaki Muhammad Sajjad bagi membantu perbicaraan kes penipuan pertukaran nama dan jantina pada kad pengenalan yang sedang berlangsung di Mahkamah Ampang.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tindak-tanduk Kor Ming tak cerminkan kredibiliti menteri – MCA

TINDAK-TANDUK Nga Kor Ming disifatkan tidak mencerminkan kredibilitinya sebagai seorang menteri Kabinet. Sebaliknya, Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong...

More Articles Like This