13,899 kes baharu COVID-19, Sabah bawah 1,000 jangkitan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

JANGKITAN harian COVID-19 kembali menunjukkan penurunan di bawah paras 14,000 hari ini selepas naik sedikit kepada 14,554 semalam.

Sebanyak 13,899 kes baharu telah dilaporkan hari ini dengan Sarawak dan Selangor masih lagi mencatatkan kes tertinggi.

Jumlah yang dicatatkan hari ini sekali gus menjadikan keseluruhan jangkitan COVID-19 telah pun mencecah 2.185 juta.

Penularan di Sarawak sedikit menurun kepada 2,712 kes baharu berbanding 2,825 jangkitan yang direkodkan semalam.

Selangor pula menunjukkan sedikit peningkatan kepada 2,341 kes baharu.

Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, tiga lagi negeri masih mencatatkan kes melebihi paras 1,000.

Bagaimanapun, ketiga-tiga negeri berkenaan iaitu Johor merekodkan 1,377 jangkitan diikuti Perak (1,128 kes) dan Pulau Pinang (1,060 kes).

Kes baharu di Kelantan pula kembali meningkat melebihi 1,000 kepada 1,179 jangkitan berbanding menurun sedikit ke paras tiga angka semalam.

Baca artikel berkaitan: 14,554 kes baharu, Kuala Lumpur bawah 300 kes

Sementara itu, setelah agak lama mencatatkan jangkitan sebanyak empat angka, kes baharu di Sabah menurun di bawah 1,000 penularan.

Jangkitan di Sabah berada di bawah 1,000 kepada 962 penularan hari ini.

Pahang, Terengganu dan Kedah pula menyaksikan kes baharu di paras 700 dengan Pahang mencatatkan 799 jangkitan; Terengganu (760 kes) dan Kedah (708 kes).

Sebanyak 310 kes dicatatkan di Kuala Lumpur manakala 339 di Melaka dan 194 di Negeri Sembilan.

Putrajaya dan Perlis pula terus merekodkan dua angka kes dengan masing-masing mencatatkan 37 serta 17 jangkitan baharu.

Hanya lima kes dicatatkan di Labuan hari ini.

Berikut pecahan kes mengikut negeri:

Sehingga 25 September 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 13,899 kes (2,185,131 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 2,341 (670,592)
Sarawak – 2,712 (196,146)
Sabah – 962 (193,186)
Johor – 1,377 (189,315)
WPKL – 310 (184,832)
Kedah – 708 (130,950)
Pulau Pinang – 1,060 (125,940)
Kelantan – 1,170 (109,674)
Perak – 1,128 (97,960)
Negeri Sembilan – 194 (96,579)
Pahang – 779 (61,337)
Melaka – 339 (56,765)
Terengganu – 760 (52,302)
WP Labuan – 5 (9,950)
WP Putrajaya – 37 (6,037)
Perlis – 17 (3,566)

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This