Hampir 20 juta lengkap vaksinasi, lima peratus lagi cecah 90%

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KADAR pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) semakin menunjukkan hasil sejajar dengan hasrat negara mencapai imuniti kelompok.

Program yang telah bermula sejak penghujung Februari lalu itu masih rancak berjalan bagi memastikan semua penduduk memperoleh perlindungan sewajarnya.

Sehingga semalam, sebanyak 43.028 juta dos vaksin COVID-19 telah pun diberikan ke seluruh negara termasuk bagi vaksin dos tunggal, CanSino.

Usaha itu juga telah menyaksikan hampir 20 juta individu telah pun lengkap proses vaksinasi masing-masing.

Perangkaan hampir 20 juta atau lebih tepat 19.945 juta itu merangkumi 85.1 peratus populasi dewasa telah pun lengkap proses vaksinasi masing-masing.

Ia juga termasuk termasuk 61.1 peratus bagi populasi keseluruhan.

Populasi yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos pula telah mencecah 23.178 juta individu atau 71.0 peratus keseluruhan penduduk.

Dari segi pemberian harian, jumlah dos kekal melebihi paras 300,000 semalam.

Sebanyak 329,722 dos telah pun diberikan merangkumi 168,734 untuk dos pertama manakala 160,988 bagi suntikan kedua vaksin COVID-19.

Baca artikel berkaitan: PICK terus rancak, 323,335 dos vaksin diberikan semalam

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan, kadar populasi dewasa yang telah pun menerima sekurang-kurangnya satu dos telah pun mencapai 94.0 peratus.

Bagi pemberian dua dos vaksin mengikut negeri, menurut JKJAV, Lembah Klang terus mencatatkan pemberian tertinggi melibatkan 6.796 juta atau 80.7 peratus populasi.

JKJAV memberitahu, ia diikuti liputan 2.157 juta (57.1 peratus populasi) di Johor; 1.829 juta (65.0 peratus populasi) di Sarawak; 1.644 juta (42.1 peratus populasi) di Sabah; dan sebanyak 1.305 juta (52.0 peratus populasi) di Perak.

Menurut JKJAV, Kedah menjadi penerima keenam tertinggi iaitu sebanyak 1.111 juta individu melengkapkan dua dos diikuti Pulau Pinang (1.109 juta) dan 850,616 di Kelantan.

“Seterusnya, Pahang berjumlah 847,705; Negeri Sembilan telah mencatatkan 789,129 lengkap dos kedua dan 679,065 di Terengganu.

“Di Melaka pula, sebanyak 591,840 telah lengkap dua dos vaksin diikuti 163,384 di Perlis dan 67,477 di Labuan,” katanya menerusi infografik yang dimuat naik ke akaun Twitter miliknya hari ini.

Mengulas lanjut, JKJAV berkata, Lembah Klang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya juga menjadi penerima tertinggi bagi pemberian satu dos vaksin iaitu sebanyak 7.265 juta.

Selain Lembah Klang negeri penerima dos pertama tertinggi, Johor menjadi negeri tertinggi seterusnya iaitu seramai 2.634 juta individu.

Ia diikuti Sabah (2.187 juta); Sarawak (2.025 juta); Perak (1.644 juta) dan Kedah (1.384 juta).

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Saya akan pilih orang yang boleh bantu rakyat Malaysia, kata Michael Ang

PENERBIT dan pengarah terkenal, Michael Ang menegaskan beliau akan memilih individu yang mampu membantu rakyat Malaysia. Penegasan itu dinyatakan Michael menerusi...

More Articles Like This