Tiga peratus lagi sebelum sempadan negeri dibuka – KJ

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

HANYA tiga peratus lagi diperlukan sebelum aktiviti rentas negeri dibenarkan semula.

Itu kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya.

Namun begitu, Khairy turut menasihati orang ramai supaya terus bekerjasama mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Selain SOP sedia ada iaitu pelitup muka, penjarakan fizikal dan kebersihan kendiri, ini adalah pendekatan paling penting untuk kita ‘hidup bersama COVID-19’.

“Tinggal tiga peratus lagi dewasa perlu divaksin lengkap sebelum sempadan negeri dibuka. Keadaan akan bertambah buruk jika kita leka,” katanya dalam ciapan tersebut.

Beliau merujuk kepada ciapan Kementerian Kesihatan mengenai tindakan segera sekiranya seseorang itu menunjukkan tanda-tanda awal gejala dengan melakukan ujian pengesanan COVID-19 secara kendiri.

Sementara itu, dalam ciapan berasingan, Khairy turut memaklumkan sebanyak 44 juta dos vaksin COVID-19 telah pun diberikan setakat semalam.

Baca artikel berkaitan: Tak lama lagi boleh rentas negeri, KJ ingatkan tanggungjawab

Pada masa sama, kata beliau, dos penggalak akan dapat diberikan kepada warga emas bulan ini memandangkan vaksinasi bagi golongan remaja yang semakin pantas.

“Alhamdulillah, kita sudah dapat memberikan sebanyak 44 juta dos vaksin COVID-19 setakat semalam.

“Vaksinasi golongan remaja semakin pantas dan kita boleh mula menawarkan dos penggalak kepada warga emas bulan ini bagi memberi tumpuan memberi perlindungan kepada golongan rentan serta mengurangkan jumlah kematian,” jelas beliau.

Semalam, Khairy turut memberi peringatan awal kepada seluruh rakyat Malaysia menjelang penarikan balik sekatan rentas negeri.

Ahli Parlimen Rembau itu meminta pematuhan kawalan kendiri yang tinggi terutama menjalankan ujian sebaik mempunyai simptom COVID-19.

“Jika anda mula mempunyai simptom, jalani ujian kendiri. Jika positif, asingkan diri dengan segera,” katanya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This