Tak lama lagi boleh rentas negeri, KJ ingatkan tanggungjawab

Dari Penulis

TIDAK lama lagi pergerakan rentas negeri akan dibenarkan apabila 90 peratus populasi dewasa Malaysia lengkap divaksin.

Angka itu sudah semakin hampir dicapai dengan setakat jam 11.59 malam tadi, kadar itu sudah mencecah 86.8 peratus.

Justeru, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberi peringatan awal kepada seluruh rakyat Malaysia menjelang penarikan balik sekatatan rentas negeri.

Menerusi Twitter beliau, Khairy meminta pematuhan kawalan kendiri yang tinggi terutama menjalankan ujian sebaik mempunyai simptom COVID-19.

“Jika anda mula mempunyai simptom, jalani ujian kendiri. Jika positif, asingkan diri dengan segera,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Lagi 3.2 peratus untuk capai angka 90 peratus vaksinasi lengkap

Rentas negeri dibenarkan selepas capai 90 peratus vaksinasi dewasa – PM

Khairy pada masa sama berkata, pergerakan rentas negeri bermakna lebih banyak perjumpaan sosial.

Untuk itu, katanya, semua rakyat Malaysia perlu memikul tanggungjawab dalam setiap tindak-tanduk.

“Sebanyak 86 peratus dewasa telah menerima vaksinasi lengkap. Lagi 4 peratus sebelum sekatan rentas negeri ditarik balik,” jelasnya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This