KADAR pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) semakin menunjukkan hasil sejajar dengan hasrat negara mencapai imuniti kelompok.
Program yang telah bermula sejak penghujung Februari lalu itu masih rancak berjalan bagi memastikan semua penduduk memperoleh perlindungan sewajarnya.
Sehingga semalam, sebanyak 44.352 juta dos vaksin COVID-19 telah pun diberikan ke seluruh negara termasuk bagi vaksin dos tunggal, CanSino.
Usaha itu juga telah menyaksikan hampir 88 peratus populasi dewasa seluruh negara telah pun lengkap proses vaksinasi masing-masing.
Perangkaan hampir 88 peratus atau lebih tepat 87.8 peratus itu merangkumi 20.621 juta individu telah pun lengkap proses vaksinasi masing-masing.
Ia juga termasuk termasuk 63.1 peratus bagi populasi keseluruhan.
Populasi yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos pula telah mencecah 23.833 juta individu atau 73.0 peratus keseluruhan penduduk.
Dari segi pemberian harian, jumlah dos bagaimanapun menurun di bawah paras 300,000 semalam.
Sebanyak 206,574 dos telah pun diberikan merangkumi 96,024 untuk dos pertama manakala 110,550 bagi suntikan kedua vaksin COVID-19.
Baca artikel berkaitan: Lebih 87 peratus dewasa lengkap vaksin liputi 20.511 juta
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan, kadar populasi dewasa yang telah pun menerima sekurang-kurangnya satu dos telah pun mencapai 94.3 peratus.
Bagi pemberian dua dos vaksin mengikut negeri, menurut JKJAV, Lembah Klang terus mencatatkan pemberian tertinggi melibatkan 6.884 juta atau 81.7 peratus populasi.

JKJAV memberitahu, ia diikuti liputan 2.262 juta (59.8 peratus populasi) di Johor; 1.896 juta (67.3 peratus populasi) di Sarawak; 1.708 juta (43.7 peratus populasi) di Sabah; dan sebanyak 1.396 juta (55.6 peratus populasi) di Perak.
Menurut JKJAV, Kedah menjadi penerima keenam tertinggi iaitu sebanyak 1.179 juta individu melengkapkan dua dos diikuti Pulau Pinang (1.170 juta) dan 911,917 di Pahang.
“Seterusnya, Kelantan berjumlah 886,820; Negeri Sembilan telah mencatatkan 798,093 lengkap dos kedua dan 693,290 di Terengganu.
“Di Melaka pula, sebanyak 598,277 telah lengkap dua dos vaksin diikuti 166,788 di Perlis dan 69,277 di Labuan,” katanya menerusi infografik yang dimuat naik ke akaun Twitter miliknya hari ini.
Mengulas lanjut, JKJAV berkata, Lembah Klang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya juga menjadi penerima tertinggi bagi pemberian satu dos vaksin iaitu sebanyak 7.373 juta.
Selain Lembah Klang negeri penerima dos pertama tertinggi, Johor menjadi negeri tertinggi seterusnya iaitu seramai 2.727 juta individu.
Ia diikuti Sabah (2.231 juta); Sarawak (2.073 juta); Perak (1.702 juta) dan Kedah (1.447 juta).
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

