Lebih 87 peratus dewasa lengkap vaksin liputi 20.511 juta

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KADAR pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) semakin menunjukkan hasil sejajar dengan hasrat negara mencapai imuniti kelompok.

Program yang telah bermula sejak penghujung Februari lalu itu masih rancak berjalan bagi memastikan semua penduduk memperoleh perlindungan sewajarnya.

Sehingga semalam, sebanyak 44.145 juta dos vaksin COVID-19 telah pun diberikan ke seluruh negara termasuk bagi vaksin dos tunggal, CanSino.

Usaha itu juga telah menyaksikan lebih 87 peratus populasi dewasa seluruh negara telah pun lengkap proses vaksinasi masing-masing.

Perangkaan lebih 87 peratus atau lebih tepat 87.2 peratus itu merangkumi 20.511 juta individu telah pun lengkap proses vaksinasi masing-masing.

Ia juga termasuk termasuk 62.8 peratus bagi populasi keseluruhan.

Populasi yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos pula telah mencecah 23.736 juta individu atau 72.7 peratus keseluruhan penduduk.

Dari segi pemberian harian, jumlah dos bagaimanapun menurun di bawah paras 300,000 semalam.

Sebanyak 211,517 dos telah pun diberikan merangkumi 89,695 untuk dos pertama manakala 121,822 bagi suntikan kedua vaksin COVID-19.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan, kadar populasi dewasa yang telah pun menerima sekurang-kurangnya satu dos telah pun mencapai 94.3 peratus.

Baca artikel berkaitan: Lagi 3.2 peratus untuk capai angka 90 peratus vaksinasi lengkap

Bagi pemberian dua dos vaksin mengikut negeri, menurut JKJAV, Lembah Klang terus mencatatkan pemberian tertinggi melibatkan 6.872 juta atau 81.6 peratus populasi.

JKJAV memberitahu, ia diikuti liputan 2.241 juta (59.3 peratus populasi) di Johor; 1.883 juta (66.9 peratus populasi) di Sarawak; 1.695 juta (43.4 peratus populasi) di Sabah; dan sebanyak 1.382 juta (55.1 peratus populasi) di Perak.

Menurut JKJAV, Kedah menjadi penerima keenam tertinggi iaitu sebanyak 1.170 juta individu melengkapkan dua dos diikuti Pulau Pinang (1.162 juta) dan 881,875 di Kelantan.

“Seterusnya, Pahang berjumlah 899,914; Negeri Sembilan telah mencatatkan 797,417 lengkap dos kedua dan 690,865 di Terengganu.

“Di Melaka pula, sebanyak 598,269 telah lengkap dua dos vaksin diikuti 166,461 di Perlis dan 67,563 di Labuan,” katanya menerusi infografik yang dimuat naik ke akaun Twitter miliknya hari ini.

Mengulas lanjut, JKJAV berkata, Lembah Klang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya juga menjadi penerima tertinggi bagi pemberian satu dos vaksin iaitu sebanyak 7.364 juta.

Selain Lembah Klang negeri penerima dos pertama tertinggi, Johor menjadi negeri tertinggi seterusnya iaitu seramai 2.706 juta individu.

Ia diikuti Sabah (2.225 juta); Sarawak (2.065 juta); Perak (1.692 juta) dan Kedah (1.437 juta).

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This