Kluster Dah Teluk Nibung tiada kaitan kes pelancong kanak-kanak positif

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEWUJUDAN Kluster Dah Teluk Nibung di Langkawi yang dikategori sebagai kluster tempat kerja didapati tidak berkaitan dengan kes pelancong kanak-kanak yang positif pada 26 September lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kluster berkenaan melibatkan penduduk tempatan Langkawi iaitu pekerja dan juga kontak rapat ahli keluarga.

Sehingga hari ini, kata beliau, seramai 254 orang telah disaring dengan 59 kes adalah positif, 187 individu negatif dan tiga lagi masih menunggu keputusan.

Menurut Dr. Noor Hisham, siasatan awal mendapati penularan jangkitan disyaki daripada komuniti dan seterusnya merebak di tempat kerja akibat ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) di tempat kerja serta asrama penginapan.

“Semua kontak rapat telah dikenal pasti dan dilakukan ujian calitan serta diberi arahan pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) selama 10 hari dengan sehingga kini penularan jangkitan adalah terkawal.

“Untuk makluman, kesemua kes jangkitan COVID-19 Kluster Dah Teluk Nibung sehingga kini adalah kategori 1 dan 2 sahaja serta semua pekerja telah menerima suntikan dos lengkap vaksin COVID-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Lima hari dibuka, tiada pelancong dijangkiti Covid-19 di Langkawi

26 September lalu, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah telah mengesan satu kes positif COVID-19 dalam kalangan pelancong ke Langkawi melibatkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dari Nilai, Negeri Sembilan.

Menurut Dr. Noor Hisham, kes bersama ibu dan ayahnya telah tiba di Langkawi melalui penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Katanya, ibu dan ayah kanak-kanak berkenaan sudah menerima vaksinasi lengkap dan saringan RTK-Antigen sebelum berlepas ke Langkawi juga disahkan negatif.

“Mereka juga bukan kes kontak rapat kepada kes positif COVID-19 dengan kes tersebut adalah tidak bergejala dan kesemua kontak rapat telah diberi HSO,” jelas beliau.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr. Othman Warijo dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebuah hotel lima bintang di pulau peranginan itu ditutup sementara operasi secara sukarela selepas 59 pekerja serta kontak rapat mereka terdiri daripada ahli keluarga disahkan positif COVID-19.

Dr. Othman memaklumkan, penularan wabak itu adalah dalam Kluster Dah Teluk Nibung yang dilaporkan pada 1 Oktober lalu.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis siasat pekerja restoran aniaya kucing, masukkan dalam guni di Teluk Intan

POLIS menjalankan siasatan kes seorang lelaki dipercayai pekerja sebuah restoran di Taman Melor, Teluk Intan disyaki menganiaya seekor kucing...

More Articles Like This