“Semasa kau bekerja dan ada kuasa semua orang tabik kat kau tapi tunggu bila kau retire nanti,” – Sedia nak bersara? Wajib baca ni!

Dari Penulis

Bersara, tarikh luput hidup manusia dalam alam pekerjaan. Selepas hampir 40 tahun melakukan tugasan dan rutin yang sama setiap hari, tiba-tiba semuanya hilang begitu sahaja.

Bangun pagi, kita duduk termanggu-manggu di tepi katil memikirkan aktiviti yang bakal dilakukan hari ini. Ada yang bersemangat kerana akhirnya kehidupan bebas daripada belenggu, tak perlu melayan karenah bos, deadline, namun ada yang mati akal. Seolah-olah semuanya telah tamat.

Menurut perkongsian Ir Hj Zainuddin Hj Omar, terdapat segelintir individu yang masih tidak bersedia untuk bersara kerana telah terpasak dalam kepala, kesibukan kerja inilah nadi hidupnya. Apabila bersara, semangat untuk meneruskan kehidupan makin pudar.

Malah ramai teman sekerja yang dahulunya rapat tiba-tiba menghilang. Terkulatlah kita seorang diri menunggu mati, katanya.

Jom baca perkongsian yang cukup menarik ini.

“Adakah Anda Sudah Bersedia Untuk Bersara?

SEMASA bekerja saya pernah bersembang dengan boss.

“You know Din, i don’t think i can retire” beliau memberitahu saya selepas mesyuarat.

“Why boss, everyone yearn and eager for their retirement date” saya bertanya balik.

“The other day i met a few of my classmates at a reunion gathering. Everyone dressed shabbily and wearing flip flops, as most are retired. They should at least maintain a certain dress code even if they are retired” ujar beliau lagi.

Boss memang jenis orang yang sentiasa berbahasa inggeris, menjaga dressing, class dan stail mat salleh.

“Boss, they are all retirees so i am sure they are quite comfortable in their present attires” balas saya.

Apabila seseorang terlalu lama di alam pekerjaan, sentiasa sebok dan terbelenggu dengan rutin ofis memang alam persaraan tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka.

Hari persaraan tentu akan tiba pada satu hari, ‘like it or not’ dan kita perlu menyediakan diri untuk menempuh saat itu (begitu juga tarikh kematian).

Kini genaplah 5 tahun saya bersara secara pilihan (optional) dari alam pekerjaan.

Ramai rakan saya masih bekerja dan tak kurang juga sudah berpencen atas pilihan sendiri atau terpaksa berpencen wajib.

Ada yang bersedih apabila terpaksa bersara kerana tidak menyediakan diri untuk masuk ke alam persaraan.

Bila ditanya khabaran rakan berpencen ada menjawab RTM – Retire Tunggu Mati.

Begitulah ramai menganggap apabila selesai alam pekerjaan dan bersara, mereka tiada bersemangat untuk meneruskan kehidupan.

Walhal ramai pesara berkata, ‘joyous and serene life begins after retirement’.

Betulkah begitu?

Semasa bekerja saya kerap berjumpa dengan rakan-rakan yang sudah bersara awal. Semasa bersembang seorang rakan memberi pesanan.

‘Din, semasa kau bekerja dan ada kuasa semua orang tabik kat kau tapi tunggu bila kau retire nanti’ kata beliau.

‘Apa jadi selepas bersara sebab awak pun dan bersara lama kan?’ saya cuba mengorek apa yang beliau lalui.

Rakan saya ni bekas seorang pegawai besar di sebuah jabatan kerajaan satu masa dulu.

‘Bulan pertama hingga bulan ke enam, aku rasa tersangat boring kerana ofis mate dah tak call, orang yang rajin berhubung semasa aku jadi bos dulu pun senyap dan orang yang selalu mengajak aku ngeteh pun semua menghilang diri’ ujar beliau.

Saya pun terfikir, mungkin saya akan melalui proses yang sama seperti beliau tetapi bertekad yang saya tidak akan menjadi YB (Yang Boring) selepas bersara nanti.

‘Kau tahu din, yang masih berhubungan dengan aku adalah kawan kawan sekolah dan universiti dulu, merekalah yang tidak pilih bulu bila berkawan’ sambung beliau lagi.

Setelah 5 tahun bersara pilihan optional, saya telah melalui proses yang sama seperti apa yang diceritakan oleh rakan tadi.

Perbezaannya saya tak rasa boring kerana saya dah menyediakan diri untuk melalui pertukaran dari alam bekerja kepada alam YB (Yang Bersara).

Sekarang ini, saya hanya melakukan aktiviti yang saya minat sahaja.

Memang betul, kawan ofis ramai tidak berhubung lagi dan orang yang selalu berjumpa semasa bekerja terus menghilang diri.

Seorang rakan memberitahu saya bahawa uncle beliau setiap pagi akan duduk termenung di anjung rumah kampong selepas hari persaraan.

Beliau ibarat ayam berak kapor asyik memandang keluar rumah berjam jam lamanya.

Maklumlah semasa bertugas sebagai seorang Jeneral memang dilayan seperti Raja dengan ‘batman’ di sekeliling.

Bekas Jeneral ini gamaknya tidak bersedia untuk berpencen wajib.

Saya banyak travel selepas berhenti bekerja dan memang tidak ada masa untuk rasa boring.

Setiap hari saya rasakan seperti hari Ahad dan tidak lagi ada stres untuk mencapai KPI atau dateline.

Kadangkala saya tidak tahu apa hari dan haribulan bila ditanya.

Pen dan kertas pun entah kemana, puas dicari baru jumpa bila diperlukan.

Tiada lagi stres merempuh trafik jam setiap hari.

Tiada lagi stress berjumpa boss yang ‘eat you for breakfast’.

Tiada lagi stres terpaksa menyediakan repot BOD dalam 24 jam.

Tiada lagi stres dengan projek yang lambat siap.

Tiada lagi stres dengan klien yang menyusahkan.

Tiada lagi ‘long meetings’ sehingga larut malam.

Tiada lagi stres dengan staf yang bermasalah.

Semasa travel pun saya ikut perancangan sendiri.

Kalau rasa nak tarik selimut dan tidor lebih saya teruskan.

Saya tak tergesa-gesa bila berkembara dengan time yang flexi.

“Life is sheer bliss” kata orang kampong saya.

Betul apa yang disebut oleh rakan saya itu, hanya kawan sekolah dan Universiti yang masih berhubungan melalui grup whatsapp dan mini-reunion.

Semua orang bekerja akan melalui perjalanan yang sama bila mereka bersara nanti dan terpulang kepada diri masing-masing untuk menyesuaikan diri melangkah kepada alam baru.

Di usia persaraan, memang elok semua aktiviti dibuat bersama dengan ‘your other half’ dan berbincang bersama jika ada masalah.

Yalah, isteri kita telah bersama “through thick and thin” dari zaman kita susah sehingga zaman kita senang.

Apa apa keputusan biarlah “win-win” antara berdua.

Pada pendapat saya (mungkin salah), ketika sudah bersara, jangan lah memenjarakan diri dengan rutin yang menyusahkan seperti:

• membela kucing atau ternakan

• menjaga cucu secara fulltime

• servis hantar cucu ke kindergarten

• menjaga tanaman rumit seperti pokok tin.

• mempunyai rumah terlalu besar untuk diselenggara.

• main saham spekulatif.

• terlalu banyak property dalam jagaan.

• terjebak dalam bzness baru yang perlukan pengawasan rapi….

KECUALI jika ianya satu hobi dan anda suka melakukanya.

Hayati puisi orang pencen ini.

Let the days unfold.

Live in the present moment.

Enjoying our surroundings.

Breathing in the air.

Slowing down.

These are days for recharging and refreshing.

Days to cherish.

Times to trip up something new and unexpected.

They can be days for long, rambling walks broken up with occasional stops for coffee and conversation.

Or they can be days we decide to curl up on the sofa and catch up on that boxset we’ve been meaning to.

Or read the book that we’ve had for some time but are yet to start.

There are no rules.

Catitan oleh:

Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar

FB: Zainuddin Omar

Coming article – Apa persediaan agar anda boleh pencen dengan bergaya.

*Sunset in Galle Face Colombo Sri Lanka.”

Sumber : Zainuddin Omar


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MKDS buka cawangan baharu di Putrajaya

Penyedia perkhidmatan pengurusan berat badan perubatan, Megaklinik Dr Suffian (MKDS) membuka cawangan baharu di IOI Resort City, Putrajaya dalam...

More Articles Like This