JCL Credit Leasing Perkukuh Inovasi Digital dengan AI Voice Agents AI Rudder, Majukan Industri Pembiayaan Pengguna Malaysia

Dari Penulis

JCL Credit Leasing Sdn Bhd (JCL), sebuah syarikat pembiayaan pengguna yang dikawal selia di Malaysia, dan AI Rudder, penyedia AI perbualan untuk industri perkhidmatan kewangan mengumumkan perjanjian komersial bagi melaksanakan AI Voice Agents dalam operasi pembiayaan pengguna JCL di Malaysia.

Kerjasama ini melaksanakan AI Voice Agent AI Rudder dalam dua senario penggunaan operasi yang kritikal: pengesahan pelanggan semasa proses pengasalan pembiayaan dan kutipan hutang yang proaktif. 

Dikuasakan oleh Voyager, model bahasa besar (LLM) proprietari AI Rudder yang direka khusus untuk industri perkhidmatan kewangan, penyelesaian ini mampu mengendalikan data kompleks yang tidak berstruktur serta melaksanakan penaakulan secara masa nyata dengan tahap ketepatan dan pemahaman kontekstual yang tinggi. 

Dengan menggabungkan AI perbualan termaju dengan kecerdasan khusus industri, AI Voice Agent membawa tahap automasi, kecekapan dan kebolehskalaan operasi yang baharu kepada operasi pembiayaan pengguna JCL.

Pelancaran komersial ini menyusuli fasa perintis yang sangat berjaya, apabila teknologi AI Rudder menunjukkan hasil yang terbukti dan boleh diukur dalam mengurus interaksi pelanggan pada skala besar, sekali gus memberi keyakinan kepada JCL untuk komited terhadap pelaksanaan komersial sepenuhnya.

Sebagai sebuah syarikat pembiayaan pengguna yang sedang berkembang dengan menawarkan pembiayaan peribadi dan pembiayaan produk melalui rangkaian pengedar motosikal dan barangan elektronik yang luas, JCL memproses jumlah permohonan pembiayaan tinggi yang memerlukan pengesahan pelanggan yang pantas dan tepat sebelum kelulusan diberikan. 

Bagi memenuhi keperluan ini, JCL melaksanakan AI Voice Agents AI Rudder yang dikuasakan oleh teknologi model bahasa besar (LLM), yang mampu memahami konteks perbualan bernuansa, mengendalikan input tidak berstruktur daripada pemohon yang dirujuk oleh pengedar serta melaksanakan proses membuat keputusan secara masa nyata, sekali gus mengurangkan tempoh pusing balik pengesahan dengan ketara tanpa menjejaskan ketepatan.

“Kami berasa teruja dapat bekerjasama dengan JCL bagi membawa AI termaju yang sedia digunakan dalam persekitaran pengeluaran ke pasaran pembiayaan pengguna Malaysia.

“Dalam dekad yang akan datang, setiap institusi kewangan akan mempunyai tenaga kerja AI yang beroperasi seiring dengan tenaga kerja manusianya. 

“Pemimpin masa depan ialah mereka yang berjaya menggabungkan pertimbangan manusia dengan pelaksanaan dipacu AI. 

“Pelaksanaan ini merupakan satu lagi langkah ke arah masa depan tersebut, apabila ejen pintar menjadi perkembangan yang wajar dari segi cara perkhidmatan kewangan disampaikan,” kata Roshan Gill, Pengurus Negara Malaysia di AI Rudder. 

Peningkatan penggunaan teknologi AI Rudder dalam kalangan institusi kewangan terkemuka Malaysia mencerminkan trend pasaran yang jelas: AI perbualan dengan pantas menjadi keupayaan strategik dan bukan lagi sekadar pertimbangan untuk masa depan. 

Seiring kematangan teknologi AI, institusi kewangan kini beralih daripada fasa percubaan kepada pelaksanaan penyelesaian AI dalam fungsi perniagaan yang kritikal, yang melaluinya hasil operasi dan pengalaman pelanggan yang boleh diukur dapat dicapai pada skala besar.

Integrasi AI Voice Agents AI Rudder ke dalam ekosistem operasi JCL disokong oleh JurisTech, sebuah syarikat fintech (teknologi kewangan) Malaysia terkemuka yang mengkhusus dalam perisian pengurusan kredit dan pemberian pinjaman bertaraf perusahaan. 

Infrastruktur platform JurisTech yang mantap berfungsi sebagai penghubung penting yang membolehkan aliran data yang lancar antara AI Voice Agents dan sistem teras JCL.

“Inovasi digital merupakan aspek penting dalam strategi pertumbuhan JCL apabila kami terus meningkatkan cara kami memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dan rakan niaga kami.

“Fasa perintis yang berjaya bersama AI Rudder telah menunjukkan bagaimana AI dapat meningkatkan kecekapan operasi, mempercepat pengesahan pelanggan serta menyokong penglibatan yang lebih baik pada skala besar.

“Seiring perluasan kehadiran kami di seluruh Malaysia, penggunaan teknologi pintar seperti AI Voice Agents membolehkan kami membina organisasi yang lebih tangkas dan berteraskan pelanggan, sambil mengekalkan standard perkhidmatan dan pematuhan yang tinggi seperti yang diharapkan oleh pelanggan kami. 

“Kerjasama dengan AI Rudder ini, bersama ekosistem teknologi JurisTech yang kukuh, merupakan satu langkah penting dalam perjalanan transformasi digital kami yang berterusan serta komitmen kami untuk menyediakan penyelesaian kewangan yang lebih pintar demi masa depan,” ujar Yutaka Tanimoto, Pengarah JCL Credit Leasing Sdn. Bhd.

Pelaksanaan ini menandakan satu langkah penting dalam usaha JCL yang lebih luas untuk memodenkan operasinya ketika ia terus berkembang di seluruh Malaysia, di samping memperkukuh lagi kehadiran AI Rudder di pasaran perbankan, perkhidmatan kewangan dan insurans (BFSI) Malaysia. 

Secara bersama, kerjasama ini mencerminkan peningkatan kecenderungan dalam kalangan syarikat pembiayaan pengguna Malaysia untuk mengguna pakai automasi dipacu AI dalam aliran kerja yang mana kelajuan dan ketepatan memberi kesan langsung kepada hasil perniagaan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

WhaleBuy perkukuh kedudukan serantau dengan pembukaan ibu pejabat global di Kuala Lumpur

WhaleBuy Group melakar satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan pengembangannya apabila secara rasmi membuka ibu pejabat global syarikat itu...

More Articles Like This