SEBANYAK 9,751 kes baharu COVID-19 seluruh negara telah dilaporkan hari ini, turun sedikit berbanding penularan dicatatkan semalam.
Kadar yang direkodkan hari ini merupakan hari keenam berturut-turut kes berada di bawah paras 10,000.
Jangkitan COVID-19 mula menurun ke paras empat angka pada hari Ahad lalu dengan 9,066 kes.
Jumlah itu sekali gus menjadikan kes keseluruhan pandemik tersebut telah pun mencecah 2.323 juta.
Bagaimanapun, penularan di tiga negeri iaitu Selangor, Sarawak dan Kelantan masih melebihi paras 1,000.
Penularan di Selangor meningkat kepada 1,796 kes berbanding 1,402 yang dilaporkan semalam.
Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Sarawak pula merekodkan penurunan kepada 1,339 manakala kes di Kelantan naik sedikit kepada 1,052.
Johor pula terus menyaksikan penurunan dua hari berturut-turut kepada 864 kes diikuti 705 di Sabah.
Baca artikel berkaitan: 9,890 kes baharu, tiga negeri masih lebih 1,000 kes
Pulau Pinang, Perak dan Terengganu turut merekodkan penyusutan jangkitan baharu dengan masing-masing mencatatkan 632; 643 dan 650 kes.
Sementara itu, Kedah dan Pahang pula berada pada paras 500 selepas merekodkan 578 serta 551 kes baharu.
Jangkitan COVID-19 di Perlis yang melonjak kepada 200 semalam bagaimanapun turun kepada 94 kes hari ini.
Hanya dua kes dilaporkan di Labuan.
Sehingga 8 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 9,751 kes (2,323,478 kes).
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 1,796 (687,966)
Sarawak – 1,339 (222,381)
Sabah – 705 (204,193)
Johor – 864 (203,796)
WPKL – 313 (187,864)
Kedah – 578 (139,630)
Pulau Pinang – 632 (135,800)
Kelantan – 1,052 (123,587)
Perak – 643 (107,806)
Negeri Sembilan – 243 (98,687)
Pahang – 551 (69,526)
Terengganu – 650 (61,034)
Melaka – 244 (60,314)
WP Labuan – 2 (9,984)
WP Putrajaya – 45 (6,394)
Perlis – 94 (4,516)
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

