SEBANYAK 9,890 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini yang juga merupakan hari kelima berturut-turut penularan harian di bawah angka 10,000.
Bagaimanapun, jumlah jangkitan terbaru ini menunjukkan berlaku trend peningkatan sejak Isnin lalu.
Keseluruhannya, jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 di Malaysia kini berjumlah 2.31 juta kes.
Berdasarkan statistik yang dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, hanya tiga negeri melaporkan jangkitan melebihi 1,000 kes hari ini.
Tertinggi hari ini ialah Sarawak dengan 1,413 kes diikuti Selangor (1,402 kes) dan Kelantan (1,032 kes).
Johor pula mencatatkan penurunan berbanding semalam apabila 993 kes baharu dilaporkan hari ini.
Ini diikuti Sabah (820 kes), Perak (794 kes) dan Pulau Pinang (721 kes).
Baca artikel berkaitan: Kekal disiplin, Delta terus dikesan ketika ramai bilang hari untuk rentas negeri
45 juta dos telah diberi, 88.8 peratus dewasa lengkap divaksin
Sementara itu, Perlis merekodkan lonjakan jangkitan baharu hari ini apabila 200 kes dilaporkan di negeri itu.
Jumlah itu mengatasi kes yang dilaporkan di Negeri Sembilan (180 kes).
Labuan pula sekali lagi melaporkan sifar kes baharu manakala Putrajaya (59 kes).
Berikut pecahan kes mengikut negeri.
Sehingga 7 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 9,890 kes (2,313,727 kes).
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 1,402 (686,170)
Sarawak – 1,413 (221,042)
Sabah – 820 (203,488)
Johor – 993 (202,932)
WPKL – 250 (187,551)
Kedah – 503 (139,052)
Pulau Pinang – 721 (135,168)
Kelantan – 1,032 (122,535)
Perak – 794 (107,163)
Negeri Sembilan – 180 (98,444)
Pahang – 564 (68,975)
Terengganu – 699 (60,384)
Melaka – 260 (60,070)
WP Labuan – 0 (9,982)
WP Putrajaya – 59 (6,349)
Perlis – 200 (4,422)
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

