GELOMBANG pengikut K-drama semakin hangat di tanah air dan jumlahnya tidak pernat surut lebih-lebih lagi dengan kewujudan media sosial yang membolehkan peminat mengikuti perkembangan terkini artis kesayangan mereka.

Kebanyakan laman Instagram peribadi selebriti Korea ini mempunyai jumlah pengikut yang ramai!

Jika anda belum mengikuti pelakon kegemaran anda di Instagram, inilah masanya untuk ada menjadi salah seorang ‘followers’ mereka.

Jom! URTV membawakan lima pelakon wanita Korea yang cukup dikenali dalam karya lakonan mereka.

IU – 22.9 Juta pengikut – @dlwlrma

Lee Ji-Eun atau dikenali sebagai IU merupakan seorang pelakon dan penyanyi. Memulakan debut pertama pada 2008 menerusi lagu bertajuk Lost Child. Kemudian IU, mula mengasah bakat dalam bidang lakonan menerusi drama Dream High. Kebolehan IU dalam dunia lakonan makin menjadi perhatian peminat setelah memainkan watak Hae Soo di dalam drama berkonsepkan sejarah iaitu Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo pada 2016.

Jung Ho-Yeon – 20.6 Juta pengikut – @hoooooyeony

Siapa tidak kenal pelakon watak 067 di dalam drama terbitan Netflix, Squid Game iaituJung Ho-Yeon. Dia memulakan kerjaya di dalam dunia peragaan di Minggu Fesyen Korea pada 2010. Siri Squid Game merupakan debut sulungnya dalam industri lakonan dengan memegang watak sebagai Kang Sae-Byeok yang berasal dari Korea Utara, Ho-Yeon kini mempunyai jumlah pengikut yang mengagumkan sehingga mampu mengalahkan pelakon cantik veteran seperti Song Hye-Kyo.

Suzy – 16.6 Juta pengikut – @skuukzky

Suzy atau juga dikenali sebagai Bae Suzy merupakan seorang penyanyi, pelakon dan model terkenal. Suzy merupakan ahli di dalam kumpulan penyanyi wanita Miss A dan memulakan debut dalam bidang lakonan menerusi drama Dream High. Suzy juga menerima gelaran dari negaranya sebagai “The Nation’s First Love” oleh kerana bakatnya di dalam lakonan dan mempunyai rupa paras yang cukup anggun. Antara karya hasil lakonannya yang sememangnya mendapat perhatian peminat K-drama adalah Uncontrollably Fond, While You Were Sleeping, Vagabond dan Start Up.

Lee Sung-Kyung – 13 Juta pengikut – @heybiblee

PELAKON

Sung-Kyung memulakan kerjaya awalnya menerusi industri peragaan di Super Model Contest pada 2008 dan menceburi bidang lakonan pada 2014 di dalam siri ‘It’s Okay, That’s Love’. Bakatnya dalam bidang lakonan terus menjadi perhatian ramai seperti drama Cheese in the Trap, The Doctors, Weighlifting Fairy Kim Bok-Joo dan Dr. Romantic 2. Terbaru, Sung-Kyung akan membintangi drama bertajuk Shooting Star bersama pelakon hebat Kim Young-dae.

Joy – 12.7 Juta pengikut – @_imyour_joy

Park Soo-Young atau lebih dikenali dengan nama pentasnya iaitu Joy merupakan penyanyi kumpulan Red Velvet, pelakon dan pengacara. Mula debut dalam bidang lakonan menerusi drama The Liar dan His Lover pada 2017. Bakatnya mula bersinar selepas diberi tanggungjawab untuk melakonkan watak sebagai Eun Tae-Hee di dalam siri bertajuk Tempted. Terbaru, Joy berjaya menjadi model untuk jenama pakaian terkemuka Calvin Klein.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram