Enggan divaksin? Kami akan ‘menyusahkan hidup anda’ – KJ

Dari Penulis

KATA Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, vaksin ada kenapa hendak menyusahkan diri.

Ini merujuk kepada kelonggoran prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 seperti pulang kampung merentas negeri yang diberi khusus kepada penerima vaksin.

Dan mesej sama diberikan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin – ‘mungkin tak diwajibkan tetapi kita akan buatkan hidup mereka susah’.

Khairy pada masa sama mengingatkan golongan antivaksin yang kerajaan tidak akan sesekali memberi muka kepada mereka.

Katanya, mereka yang memilih untuk menolak imunisasi COVID-19 tanpa ada alasan kesihatan tidak akan sesekali menikmati kelonggaran seperti yang diberikan kepada penerima vaksin.

Baca artikel berkaitan: Vaksin ada, kenapa nak menyusahkan diri? – PM

Betul tu, jangan bagi muka pada antivaksin

“Kita mungkin tidak akan laksanakan undang-undang mewajibkan pengambilan vaksin, tetapi menggalakkan undang-undang secara sektoral.

“Ia mungkin agak kasar tetapi pendekatan kita adalah untuk ‘menyusahkan’ hidup mereka yang memilih untuk tidak divaksin.

“Ini kerana anda sendiri memilih untuk tidak divaksin, yang tidak boleh menerimanya atas faktor kesihatan itu tiada isu dan dikecualikan dalam aplikasi MySejahtera.

“Bagaimanpun, jika sebaliknya, maaflah, pendekatan kita ialah ‘kami akan susahkan hidup anda’. Tak boleh rentas negeri, tak boleh ‘dine-in dan lain-lain’,” katanya dalam sidang akhbar seperti disiarkan di Facebook beliau.

Khairy berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Majlis Perasmian Kursus Infarksi Myokardial Kebangsaan Ke-11 (NAMIC) 2021 di ibu negara, hari ini.

Sementara itu, kata Khairy, beliau juga menggalakkan majikan swasta untuk mewajibkan pekerja mereka lengkap divaksin.

Katanya, ini seperti mana dilakukan di sektor awam oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mulai bulan depan untuk semua penjawat awam, bukan hanya guru untuk sesi persekolahan bersemuka.

“Kita juga akan melihat kemungkinan mewajibkan mereka yang tidak divaksin menjalani ujian saliva COVID-19 secara mingguan.

“Bukan kerajaan yang tanggung, anda (yang tidak divaksin) tanggung,” jelasnya.

Semuanya kata Khairy, mesej utamanya adalah ‘pergi ambil vaksin’.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meneliti laporan polis yang dibuat terhadap golongan antivaksin sebelum mengambil sebarang tindakan.

Menteri berkenaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya sedang mengenal pasti seksyen dan akta bersesuaian yang boleh dikuatkuasakan terhadap golongan itu.

“Kalau kita tengok dia ada langgar sesuatu maka kita akan ambil tindakan dan sebagai seorang menteri yang jaga undang-undang yang ada, kita akan tengok dulu laporan polis yang diberikan kepada kita dalam seksyen mana, apa perkara yang telah mereka lakukan kesalahan, kemudian saya akan umumkan dari semasa ke semasa,” katanya seperti dilapor Bernama.

Hamzah berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Penyampaian Kotak Makanan Serta Ramah Mesra Bersama Penduduk di Kampung Sungai Ara, Batu Kurau, Larut hari ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This