Sajian menarik Maulidur Rasul di TV AlHijrah

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

TV AlHijrah bakal melakar sejarah apabila buat pertama kalinya menggabungkan dua orang pendakwah terkenal bersama 10 penghibur tanah air menerusi rancangan Muhammad Kekasih Agung bagi meraikan sambutan Maulidur Rasul di studionya yang kini berwajah baharu.

Rancangan Muhammad Kekasih Agung adalah sebuah program seni persembahan Islami yang akan disiarkan secara langsung selama dua jam, iaitu bermula pukul 9 malam hingga 11 malam, pada 19 Oktober ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkongsi aspirisi tentang penerbitan rancangan itu yang dijangka bakal mencatat peratusan tontonan yang tinggi.

“Kekuatan rancangan Muhammad Kekasih Agung terletak pada gabungan dua elemen utama dalam penerbitan sesebuah rancangan hiburan Islami. Pertama, sudah semestinya objektif serta konsep rancangan.

“Kami pilih untuk terbit dan siar rancangan ini kerana sebagai umat Islam, semua sedia maklum bahawa pintu utama untuk meraih kecintaan Allah SWT terhadap kita semua adalah melalui kekasih-NYA iaitu Baginda Rasullullah.

“Rancangan ini mencipta rasa rindu kepada Nabi Muhammad kerana kita bawa penonton menelusuri perjalanan kehidupan Baginda bermula detik kelahiran, kisah sebelum kenabian, detik wahyu diturunkan, cabaran dakwah, tahun dukacita, Isra dan Mikraj, hijrah ke Madinah, khutbah terakhir hinggalah saat kewafatan Nabi.

“Keduanya, kami tampilkan pendakwah hebat serta penghibur berdedikasi yang memiliki ilmu, kekuatan vokal serta penghayatan penuh emosi dalam menyingkap semula tabir perasaan cinta para penonton kepada Nabi Muhammad,” katanya.

Namanzee Harris

Menurut Namanzee, selain Ustaz Wadi Annuar dan Ustaz Jafri Abu Bakar yang akan menyampaikan tausiah, penyanyi Datuk Hattan, Faizal Tahir, Amerul Affendi, kumpulan Kopratasa, Daqmie, Ijam Medicine, Naqiu, Datin Alyah, Ustazah Sharifah Khasif serta kumpulan nasyid Zayne turut dipilih bagi membuat persembahan.

Rancangan ini mengangkat tema sambutan Maulidur Rasul TV AlHijrah iaitu Manhaj Rabbani, Negara Harmoni dengan menggabungkan bacaan Al-Quran, qasidah, selawat, monolog, sajak, tausiah serta nyanyian tentang Rasulullah.

Seawal pukul 6 petang, penonton boleh menonton Di Ambang Muhammad Kekasih Agung yang menampilkan Ustaz Jalaluddin Mohd Zaiki bagi meninjau persiapan kru belakang tabir dan juga personaliti.

Selain itu, TV AlHjrah turut menyiarkan rancangan istimewa lain sempena Maulidur Rasul seperti siaran langsung Hijrah Anak Muda pada 18 Oktober pukul 6.00 petang, siaran langsung Di Ambang Muhammad Kekasih Agung, 19 Oktober pukul 6.00 petang, siaran langsung Bincang Niaga Istimewa Keluarga Malaysia pada 20 Oktober pukul 4.30 petang, Al-Quran Johan-Johan Kebangsaan pada 26 Oktober pukul 9 malam dan Gema Haflah pada 30 Oktober pukul 9 malam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Keanggunan songket maroon burgundy, sentuhan eksklusif Man Kajang di majlis resepsi anak Che Ta, Ammar Effendy & isteri

DUNIA fesyen tanah air sekali lagi terpukau dengan keindahan busana pengantin yang digayakan oleh pasangan yang menjadi tumpuan ramai,...

More Articles Like This