PU Riz tegur babak lakonan bersentuhan, bercium, bimbang jadi ikutan

Dari Penulis

MENERUSI perkongsian terbaru di laman Instagram pelakon dan pendakwah bebas Haris Mohd Ismail mendapat perhatian ramai apabila memberi nasihat dan teguran menjentik tentang batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita yang sering dipandang remeh.

Haris atau dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Riz memuat naik tujuh foto yang diselitkan nasihat dan menyatakan nukilan yang ditulis adalah untuk peringatan dirinya juga.

“Jangan dibiasakan pasangan kita berada mesra dengan wanita atau lelaki lain kerana ini adalah dilarang dalam Islam,” tulisnya di Instagram

Riz, yang juga suami kepada selebriti Neelofa, turut melahirkan rasa kekesalan apabila masyarakat kini memandang remeh batas pergaulan sehingga perbuatan bercium diterima ramai dengan alasan ianya hanya lakonan dan sanggup menolak hukum dalam agama Islam.

“Tersangatlah penting kita menjaga ahli keluarga yang di bawah tanggungjawab ahliyyah kita, isteri, anak-anak, untuk senantiasa jaga aurat dan pergaulan kerana ada tuntutan agama di situ,” nasihatnya yang turut memberi penekanan kepada tanggungjawab seorang lelaki untuk tidak bersikap dayus dengan membiarkan aurat isteri dan anak-anak tidak dijaga kerana perbuatan tersebut akan dipersoal kelak.

Dalam pada itu, Riz,26, turut berkongsi sepotong ayat suci Al-Quran yang berbunyi: ‘wahai orang yang beriman jagalah diri kamu dan keluarga kamu (ahli) rumah daripada api neraka’ sebagai peringatan buat semua pengikutnya.

Menurut Riz, tujuan dirinya berkongsi kata-kata nasihat itu sebagai peringatan bersama agar mengubah pemikiran dari membenarkan perkara yang dilarang dalam agama biarpun hanya dalam lakonan.

Jelas Riz, dia turut melahirkan kebimbangan jika perbuatan tersebut akan memberi stigma negatif kepada penonton sekaligus menjadi ikutan.

“Ubah ‘mindset’ kita jangan hanya kerana kita kata ianya hanya lakonan, maka perbuatan tersebut kita benarkan.

“Jika hari ini kita melihat kemungkaran di depan mata dan berkata tidak mengapa berlakon sahaja ni, adakah ianya boleh diterima sebagai alasan? Mestilah tidak!

“Jangan biasa mengiyakan orang berbuat dosa, takut kita terikut sekali,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This