SEMALAM, tular kontroversi yang mengaitkan seorang usahawan terkenal Nur Sajat mendakwa dirinya dicabul oleh penguatkuasa agama ketika dipanggil untuk memberi keterangan pada Januari lalu.
Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, berkongsi insiden memalukan itu menerusi liputan media antarabangsa, The New York Times.
Jelasnya, dia telah dikasari seperti ditendang dan buah dada serta bahagian sulitnya diraba oleh pihak berkuasa agama.
Bahkan dia juga digari dan ditahan pada hari yang sama sebelum dimasukkan ke pusat tahanan lelaki.
“Mereka melihat tidak bersalah menyentuh bahagian sulit dan dada saya kerana menganggap saya lelaki,” luah Sajat
Kejadian itu telah disaksikan sendiri oleh ibunya yang berada bersamanya pada ketika itu yang bertindak menegur dan mempertikaikan perbuatan berkenaan.
Sejurus sahaja insiden itu berlaku, Sajat telah membuat laporan polis dan salah seorang pegawai penguatkuasa yang terlibat dipanggil untuk memberi keterangan.
Menceritakan kembali, pada Februari lalu Sajat melarikan diri ke Thailand dan dia ditahan atas kesalahan imigresen di negara berkenaan pada September lalu.
Namun, apa yang lebih mengejutkan lagi, Sajat yang disangka berada di Thailand muncul beramah mesra bersama pengikutnya di siaran langsung Instagram pada isnin lalu yang memaklumkan dirinya berada di Canterbury, Australia.
“Kita tak lari, kita berhijrah la. Anda yang kata kita lari. Anda yang tak boleh terima hakikatkan?
“Selama ini kita senyap sebab kita nak buka kedai baru dekat lokasi baru. Alhamdulilah dapat support yang banyak,” katanya menerusi sesi siaran langsung di Instagramnya.
Sementara itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) meminta Sajat untuk kembali semula bagi memberi bukti berkaitan dengan dakwaan yang telah dibuat.
Memetik laporan Harian Metro, Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, Sajat perlu mengemukakan apa juga keterangan dan bukti, bukan sekadar cakap kosong kerana ia hanya memburukkan keadaan dan suatu tindakan berbaur fitnah.
“Kalau betul dia buat tuduhan, pasti dia sudah buat laporan polis. JAIS juga sudah buat laporan polis menyatakan perkara sebenar yang berlaku pada pihak polis, kita serahkan kepada polis untuk membuat siasatan,
“Prinsip saya telus, jika betul ada kakitangan JAIS buat salah, pasti polis ambil tindakan kerana dakwaan gangguan seksual itu bukan bidang kuasa saya tetapi polis.
“JAIS tidak akan dan tidak pernah membela mana-mana kakitangan yang membuat sebarang salah laku. Tiada tempat untuk kakitangan yang melakukan perkara melampaui batas,” katanya.
Tambahnya lagi, tindakan Sajat seakan-akan memainkan emosi semua pihak untuk terus meletakkan JAIS dalam keadaan bersalah ekoran dakwaan tersebut.
——————————————————————–
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen
Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:
Facebook: https://www.facebook.com/utusantv
Twitter: https://twitter.com/UtusanTV
Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

