ENGGAN membiarkan rumah tangga terus diganggu, suami kepada pelakon Izreen Azminda iaitu Ude Wahid tampil menempelak segelintir pihak yang sengaja membangkitkan kisah lama mereka.
Ude,33, yang juga seorang pemuzik, berang apabila ada pihak yang tidak suka melihat mereka bahagia walaupun isterinya kini sedang dalam pantang selepas melahirkan anak kedua mereka.
“Sudah-sudah la korang ni nak ganggu rumah tangga aku. Apalah yang korang semua tak puas hati sangat? Tak boleh ke tengok aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang?
“Aku tak kacau hidup korang pun kan. Tak ganggu hidup korang pun kan. Tak habis-habis nak ganggu isteri aku yang dalam pantang. Aku tak faham betul manusia macam ni.
“Aku tak boleh ‘brain’. Henti lah benda-benda tak berfaedah ini,” luahnya menerusi Instagram Story.
Sementara itu, Ude melahirkan rasa terkilan apabila anak-anaknya yang tidak berdosa turut menjadi mangsa buli siber di media sosial.
“Nak DM (mesej langsung) maki-maki sampai hina anak-anak kami yang tak bersalah.
“Apalah dosa budak tu dengan korang ya? Bertaubatlah. Semoga Allah ampunkan dosa kita semua,” katanya.
Perkahwinan pasangan itu mencetuskan kontroversi hangat selepas Izreen membuat pendedahan dirinya sudah bernikah secara tertutup dengan Ude.
Malah, pernikahan itu dilakukan tanpa pengetahuan isteri pertama Ude, Intan Liana Saleh.
Ude bercerai dengan Intan pada 22 Mac 2018 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, selepas lima bulan tidak tinggal sebumbung.
Izreen,36, bergelar isteri kepada Ude atau nama sebenar Muhammad Radzi Abdul Wahid, 33, itu baru melahirkan cahaya mata kedua mereka pada 20 September lalu.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Izreen, dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia lapan tahun manakala Ude pula mempunyai dua orang anak lelaki berumur enam dan tiga tahun.
——————————————————————–
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:
Facebook: https://www.facebook.com/utusantv
Twitter: https://twitter.com/UtusanTV
Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en
#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyen #alislam

