Kes baharu turun sedikit, catat 5,666 penularan hari ini

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KES baharu COVID-19 seluruh negara merekodkan sedikit penurunan hari ini kepada 5,666 jangkitan.

Jumlah tersebut turun sedikit iaitu sebanyak 162 kes berbanding 5,828 penularan yang dilaporkan semalam.

Jangkitan harian baharu kembali berada di bawah 6,000 kes buat hari kedua berturut-turut sejak semalam selepas melonjak kepada 6,630, kelmarin.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, kadar kes baharu yang dikesan hari ini telah menjadikan jumlah kumulatif kes telah mencecah 2.431 juta.

“Sehingga 24 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,666 kes (2,431,716 kes).

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya dalam media sosial hari ini.

Dr. Noor Hisham turut berkongsi rumusan kes COVID-19 seluruh negara merangkumi kadar kematian, kemasukan ke wad, kes purata selama satu minggu dan kadar lengkap vaksinasi.

Baca artikel berkaitan: 5,828 kes baharu, Selangor rekod 1,039 jangkitan

Berdasarkan data yang dikongsi, negara telah merekodkan sebanyak 753 kematian selama 14 hari iaitu trend penurunan berjumlah 18 peratus.

Purata kes baharu selama satu minggu turut merekodkan penurunan sebanyak 21 peratus dengan secara purata 5,930 telah dilaporkan.

Sementara itu, Selangor terus merekodkan kes baharu sebanyak empat angka apabila 1,078 kes dilaporkan hari ini.

Menurut Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, jumlah itu melibatkan 1,056 komuniti, 21 penjara dan satu kes import.

Hulu Langat merekodkan kes tertinggi dengan 320 kes, diikuti Petaling (204 kes).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Saya terharu, lega akhirnya dapat jemputan ikhlas daripada Anthony Loke’ – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa terharu dan lega kerana 'akhirnya' mendapat jemputan yang 'ikhlas' daripada...

More Articles Like This