Rasulullah tidak tolak permintaan

Seorang wanita datang bertemu dengan Baginda s.a.w. lalu dia telah menyerahkan kain yang ditenunnya sendiri kepada Baginda sebagai bukti cinta dan kasihnya kepada Rasulullah s.a.w.

Dengan senang hati Baginda s.a.w. menerima pemberian itu dan memakainya untuk bertemu dengan para sahabat yang lain dalam satu majlis. Ketika bertemu sahabat, salah seorang dari pada mereka yang melihat begitu indahnya pakaian Baginda s.a.w. telah berkata,

“Wahai Rasulullah! alangkah indahnya pakaian yang engkau pakai itu. Betapa senangnya jika aku dapat memakainya” ujarnya.

“Baiklah” jawab Baginda s.a.w. ringkas.

Setelah meninggalkan majlis, Baginda s.a.w. datang kembali ke tempat itu, tetapi tidak lagi dengan pakaian yang ditenun, sebaliknya pakaian pemberian wanita itu terlipat kemas di tangannya. Lalu Baginda menghampiri sahabat yang memuji pakaiannya dan diserahkan kepada sahabat tersebut.

“Terimalah pakaian ini dan pakailah,” ujar Baginda s.a.w.

Melihat keadaan itu, ramai di kalangan sahabat yang mencela lelaki itu. Kain pemberian wanita itu sangat disenangi Rasulullah s.a.w. dan kerana itu dipakainya. Namun kerana sikap Baginda s.a.w. yang tidak pernah menolak permintaan seseorang, diberikannya juga kain itu.

“Mengapa engkau masih memintanya?” tegur para sahabat yang lain.

Jawab sahabat yang meminta tadi,

“Saya minta kain itu bukan untuk saya pakai melainkan untuk kain kafanku nanti.”

Kisah ini menjadi bukti betapa Baginda s.a.w. tidak pernah menolak permintaan seseorang sekalipun ia amat menyenangi dengan barang tersebut.

___________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyen #alislamFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare