Sejarah dan hikmah membaca doa Qunut

Dari Penulis

“Ya Allah berikanlah petunjuk kepadaku bersama dengan orang yang Engkau berikan petunjuk kepada mereka.

Berikanlah kesihatan yang afiat kepadaku bersama dengan orang yang Engkau berikan kesihatan afiat kepada mereka.

Pimpinlah aku bersama orang yang Engkau pimpin. Berkatilah apa yang telah Engkau berikan kepadaku. Peliharalah diriku daripada keburukan yang telah engkau tetapkan.

Engkau yang menentukan sesuatu ke atas Engkau. Sesungguhnya tidak menjadi hina orang yang engkau pimpin, dan tidak menjadi mulia orang yang Engkau musuhi.

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Berkat dan Maha Tinggi, maka bagi Mu segala puji atas apa yang telah Engkau tetapkan dan aku memohon keampunan Mu dan aku bertaubat kepada Mu.

Dan selawat serta salam ke atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang ummi dan ke atas keluarga dan sahabatnya.”

Hukum membaca doa Qunut

Doa qunut dibaca di dalam solat subuh usai bangun dari rukuk pada rakaat yang kedua. Membaca doa qunut bagi mazhab Syafie ialah sunat aba’d atau sunat yang sangat dituntut. Jika terlupa membacanya, disunatkan untuk menggantikannya dengan sujud sahwi, namun solat tetap sah meskipun tanpa sujud sahwi.

Sejarah doa Qunut

Berdasarkan sirah, satu ketika Rasulullah s.a.w. menerima kedatangan tetamu utusan dari satu perkampungan bernama bir Ma’un atau Bir Ma’unnah. Menurut utusan tersebut, di tempatnya ada ramai orang yang baru memeluk Islam dan meminta kepada Baginda s.a.w. agar dikirimkan para guru untuk mengajarkan Islam kepada penduduk kampung tersebut.

Mendengar perkhabaran itu membuatkan Rasulullah s.a.w. berasa sangat gembira lalu Baginda s.a.w. mengirimkan seramai 70 orang sahabat yang menghafaz al-Quran (tahfiz) ke perkampungan tersebut untuk membimbing saudara baru tersebut.

Akan tetapi malangnya, sesampainya para sahabat tersebut di perkampungan itu, mereka bukan disambut dengan keraian yang gembira atau dijamu dengan makanan enak, tetapi dengan kibasan-kibasan pedang yang membunuh. Akhirnya kesemua 70 orang sahabat tersebut syahid tidak bernyawa dengan kematian yang sangat tragis.

Mendengarkan berita tersebut membuatkan hati Baginda s.a.w. terhiris luka dan timbul kemarahan yang amat, lalu Baginda berdoa kepada Allah agar melaknat dan menghukum orang-orang yang melakukan kekejaman tersebut dengan hukuman yang keras.

Namun begitu doa dan permintaan Rasulullah itu mendapat teguran dari Allah S.W.T. melalui ayat 128 dan 129 dari surah Ali Imran,

“Engkau tidak berhak sedikitpun (wahai Muhammad) dalam urusan (orang-orang yang ingkar) itu, (kerana urusan mereka tertentu bagi Allah) sama ada Dia menerima taubat mereka atau pun Ia menyeksa mereka kerana sesungguhnya mereka orang-orang yang zalim.

“Da bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, Ia mengampunkan sesiapa yang dikehendaki Nya dan Dia menyeksa sesiapa yang dikehendaki Nya. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”  

Mendengar wahyu dari Allahitu, maka Baginda s.a.w. menukar doanya kepada doa yang baik-baik dan doa inilah dikenali dengan doa qunut yang kita amalkan sehingga kini. Wallahu a’lam.

______________________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Syarahan Perdana Tokoh Maal Hijrah 1448H Beri Fokus Kepada Mesej Keamanan & Peradaban Kontemporari

PERISTIWA Maal Hijrah tidak seharusnya dibiarkan berlalu sekadar penceritaan lipatan sejarah dan sambutan tahunan semata-mata, sebaliknya ia perlu diangkat...

More Articles Like This