RAKYAT Sudan melakukan protes terhadap tindakan tentera menahan Perdana Menteri dan menteri-menteri kabinet. - Gambar Twitter AJ+

PENGERUSI Majlis Kedaulatan Sudan, Jeneral Abdel Fattah Al-Burhan pada Isnin mengisytiharkan darurat di seluruh negara dan membubarkan kerajaan peralihan, lapor Xinhua.

Keputusan itu dibuat beberapa jam selepas pihak tentera menahan pemangku Perdana Menteri Abdalla Hamdok, pegawai kerajaan peralihan dan beberapa menteri, menurut Kementerian Penerangan dan Komunikasi Sudan.

Sejak rampasan kuasa gagal pada 21 Sept, ia telah mencetuskan ketegangan antara tentera dan pihak kerajaan peralihan. 

Sudan ditadbir kerajaan peralihan selepas bekas Presiden Omar al-Bashir digulingkan pada April 2019. Kerajaan peralihan itu dibentuk sementara menunggu pilihan raya diadakan. 

Abdul Fattah al-Burhan dan pihak tentera hari ini merampas kuasa, sekali gus membubarkan kerajaan peralihan tentera dan awam.

Beliau turut memerintahkan tentera menangkap Perdana Menteri Abdalla Hamdok serta beberapa menteri lain, sebelum mengisytiharkan darurat di seluruh negara itu.

Tembakan senjata api kedengaran di ibu negara Khartoum ketika penentang dan orang awam mengadakan tunjuk perasaan mendesak Abdul Fattah menyerahkan kuasa.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram