PELAKON Sharifah Sakinah menyangkal dakwaan segelintir pihak bahawa dirinya seorang yang mengada-ada atau malas selepas mengaku tidak lagi memandu kenderaan.
Menurut Sakinah, dia membuat keptusan untuk tidak memandu atas sebab masalah Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) yang dihidapinya .
“Ramai yang tidak faham apabila saya memilih untuk tidak memandu lagi. Saya boleh memandu dan ada lesen memandu yang sah.
“Saya juga memandu selama enam tahun tetapi orang label saya sebagai malas atau manja.
“Semasa memandu, tak boleh nak fokus, berangan, cuai, makin tua semakin paranoid, kegelisahan melampau pun ada,” katanya dalam satu hantaran di akaun Instagram.
Dalam pada itu, Sakinah atau Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 32, disebabkan tidak lagi memandu, dia kini terpaksa menggunakan perkhidmatan e-hailingg atau meminta bantuan orang lain sekiranya mahu ke mana-mana.
“Naik Grab atau minta orang lain pandu kereta ialah pilihan yang lebih baik walaupun tidak terlalu selesa.
“Duduk jadi penumpang pun drama dan pilihan itu lebih bertanggungjawab.
“Tuhan tarik nikmat bebas memandu ke mana-mana, tapi tak apalah, ada hikmahnya. Ada rezeki lain,” ujarnya.
Terdahulu, Sakinah pernah mendedahkan dirinya mengalami masalah ADHD selepas tamat zaman persekolahan.
Malah, Sakinah pernah terbang ke luar negara demi mahu merawaat masalah yang dihidapinya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

