Wahai hati-hati yang tenang, ketahuilah bahawasanya setiap perbuatan dan kata-kata yang diluncurkan daripada lidah menjadi penanda aras kebahagiaan dalam hidup.

Menjaga waktu sendiri dalam rutin harian juga mempengaruhi emosi dan dapat membantu memanjangkan hari sehingga memudahkan para ibu menguruskan anak-anak dan kerja di rumah.

Caranya cukup mudah, apa yang penting adalah disiplin diri.

Ikuti tip yang dikongsikan Mimi Rahim di laman sosial miliknya.

“Antara tips nak jaga hati kita sendiri, nak jaga mental kita untuk sentiasa best kat rumah & orang sekeliling, anak, suami , isteri , kawan juga best dengan kita di musim pendemik.

• Mandi sebelum subuh

Dengan niat Allah ringankan seluruh anggota kita & doa kita ikhlas buat amal, baru kita tak merungut. Hati pun senang. Mandi & berwangian, mulakan hari dengan segar…..

• Siapkan plan/susun kerja seharian sebelum subuh.

siapkan jadual kita seharian, jadual realistik yang kita boleh ikut. wajib masukkan waktu rehat kita walaupun setengah jam. Waktu terbaik setengah jam sebelum zohor.

• Selepas subuh jangan tidur

ini cara untuk panjangkan hari kita. Tidur satu jam, rugi satu jam. Dalam satu jam, mak-mak dah boleh siap masak, siapa basuh kain, siap kemas dapur. Tertinggal satu jam, kelam kabut seharian.

•Kurangkan bermedia sosial,

untuk perkara yang sia-dia. Scroll ig sejam tak terasa. Masa sejam yang berkualiti bersama anak, sangat cukup untuk simpan memori best dalam bank memori anak. Jadi unfollow perkara yang sia-sia.

• Fokus Perbaiki Diri

Duduk rumah, dan fokus untuk perbaiki diri. Lihat kita yang lepas, lihat salah kita. Belajar ubah, setiap hari tulis perkara yang dah berjaya ubah & apa yang nak kita ubah lagi. Tahun lepas saya azam nak mandi sebelum subuh,tampal kat cermin, berjaya amal 40 hari baru buka & buang dengan rasa syukur, walaupun mandi jer pun….

• Sedekah setiap pagi

Sedekah setiap hari untuk hadirkan rasa syukur dengan nikmat yang kita dapat, cara syukur dengan memberi. Memberi tak semesti dengan duit, share ilmu, share resipi memasak. Apa-apa perkara yang ada kebaikan & manfaat untuk orang lain.

•Senyum

Senyum pada semua. senyum pada diri sendiri, senyum dengan hati. Time anak buat hal, terus senyum & istifar. Pasti hati kita best .

• Bersenam

Orang yang biasa bersenam akan tau perbezaannya, bersenam sangat membantu kecerdasan kita. cuba dengan banyakkan solat sunat. Bersenam sebelum subuh, solat sunat taubat, solat tahajud, sunat hajat & istiqarah.

• Berkata baik atau diam

Kalau kita rasa perkara yang kita nak cakap itu akan buatkan hati orang sakit, cuba tahan. Sebab akibatnya bukan hati orang jer sakit, kita juga akan sakit. Tak boleh berkata yang baik, lebih baik diam dari berkata-kata.

Rumah kita bukan jadi syurga lagi kalau semua orang nak menang bercakap. Kerana panggilan Allah pada ahli syurga “ Wahai hati-hati yang tenang…..”

https://t.me/binasyurgadirumah

Sumber : Mimi Rahim