Duit dikejar tak pernah bercukup, makin dikejar makin kurang. Makin banyak, makin tak cukup jadinya. Kadang kala disebabkan duit, nak kumpul lebih banyak harta, banyak jiwa yang terkorban, anak-anak terabai. Tapi kata kita, semuanya demi masa depan anak-anak.

Tetapi masa depan bagaimana yang dimaksudkan andai masa kini, realiti hari ini, segalanya seakan telah tergadai?

Menurut perkongsian Sri A’jilah Mohd Samsir, andai sebelum ini dia terlibat dengan pelbagai jenis perniagaan dropship untuk menambah pendapatan, namun dalam masa yang sama jelasnya, emosi sangat terganggu dengan pelbagai perkara.

Namun akhirnya dia membuat keputusan untuk mengutamakan anak-anak, dan menegaskan dalam kehidupan, semuanya tidak hanya berkisar soal duit.

Ikuti perkongsiannya.

“Ramai orang tanya saya,  “dah tak buat bisnes online ke? Tak nampak pun up status jual barang. Kalau tak post iklan, macam mana orang nak beli.”

Saya masih buat lagi bisnes online. Tapi sangat slow. Sebab ada benda lebih besar yang perlu saya buat. Lebih penting daripada menggemokkan akaun.

Zaman sekarang ni, takde yang lebih penting dari duit. Sampaikan ada orang cakap pada saya. “Sri, orang perempuan belajar tinggi-tinggi tapi jadi suri rumah, itu biasa. Tapi suri rumah yang berpendidikan tinggi dan berpendapatan tinggi, itu luar biasa.”

Saya senyum saje.

Goal kita berbeza. Aim kita berbeza. Pandangan dan pengalaman kita juga tak sama.

Bukan 1, 2 online bisnes yang saya join. Tapi 4, 5 yang saya join. Kononnya, join banyak, income pun akan banyak. Ye, memang duitlah target saya.

Rupanya, ada benda yang tak settle dengan diri saya. Duit memang dapat. Setakat nak dapat 1K tu, senang je. Tapi ada isu yang lagi besar. Hati saya.

Saya cepat marah terutamanya bila saya wasap dengan customer, time tu lah anak-anak nak itu ini. Merengek menangis bersahut-sahut time nak close sale. Saya memang sangat tak boleh handle emosi.

Dengan group coaching sana sini, sampai hang telefon, bunyi fon tak henti-henti, pkul 12 malam pun duk bunyi lagi. Saya jadi serabut. Badan jadi lesu. Hati saya gelisah dan berdebar tak tentu pasal.

Saya rasa nak give up buat semua.

Suami saya kata, buatlah benda yang prioriti. Anak-anak lebih perlukan perhatian. Cari duit, itu kerja dia.

Saya berfikir berkali-kali.

Sebenarnya bukan soal pandai bahagi masa, pandai up status, pandai tulis copywriting manis leting, tapi soal hati.

Saya kena selesaikan masalah utama saya. Masalah dengan hati saya.

Saya stop semua. Sampai Kadang-kadang telefon pun saya tak tahu kat mana. Memang saya fokus betul-betul dengan anak-anak. Amazingly, order masuk jugak walaupun saya tak post iklan apa-apa. Saya tak fikir langsung pasal duit. Memang 100% anak-anak.

Dalam situasi saya, bab duit memang suami saya tak berkira. Itu mungkin salah satu sebab kenapa saya boleh fokus sungguh-sungguh pada anak-anak, allocate masa untuk baca buku dan updgrade ilmu, dan istiqamah solat dhuha.

Saya terbaca 1 buku ni. Dia tulis, izinkan suami kita buat tugas dia. Tugas dia bagi nafkah pada kita. Ni antara ayat yang buat saya tarik nafas lega.

Kita nak pahala bantu suami cari duit, tapi dalam masa yang sama kita ambil tanggungjawab dia.

Rupanya, dalam hidup ni, bukan soal duit semata.

Bila kita mudahkan suami untuk jalankan tanggungjawab dia, masyaAllah rezeki masuk tak putus-putus. Bukan setakat rezeki duit, rezeki anak-anak sihat, rezeki badan sihat, rezeki banyak masa lapang dengan anak-anak, dan banyak lagi.

Saya betul-betul bersyukur. Allah pilih saya untuk belajar sesuatu yang sangat istimewa.

Duit memang penting, tapi menggalas amanah dan tanggung jawab yang Allah berikan itu terlebih lebih penting.

InsyaAllah, anak-anak dah besar sikit nanti, boleh la all out gemokkan poket pulak 😉

Sri A’jilah Samsir,

Berjalan dalam ‘time line’ sendiri dan bersyukur dengan semuanya.”

Sumber : Sri A’jilah Mohd Samsir