SEBANYAK 261 lagi kes baharu COVID-19 melibatkan varian yang membimbangkan (VOC) dikesan di negara ini dengan varian Delta mencatatkan angka tertinggi iaitu 259 kes jangkitan dari 20 hingga 28 Oktober.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selain Delta, satu lagi varian VOC dikesan adalah Beta yang merekodkan dua kes.

Katanya, varian-varian kes ini dikesan hasil kajian berterusan oleh Institut PenyeIidikan Perubatan (IMR), Fakulti Perubatan (FOM-UM), Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE-UiTM), Institut Genom Malaysia (MGI) dan Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC-UM).

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Varian Yang Perlu Mendapat Perhatian (VOI) adalah sebanyak 2,645 kes.

BERITA BERKAITAN 132 lagi kes varian Delta dikesan, tertinggi di Johor, NS dan Melaka

“Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 2,625 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, secara keseluruhan, sehingga kini terdapat 2,385 kes varian Delta, 226 kes varian Beta dan 14 kes varian Aplha berada dalam kategori VOC.

Bagi VOI pula terdapat 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram