Lapan rumah di Kuala Perlis hangus terbakar

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEBANYAK lapan rumah di Kampung Seberang Alor, Perkampungan Diraja Kuala Perlis hangus terbakar dalam kebakaran yang berlaku awal pagi tadi.

Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Nor Ahmad Zaki Ashrafi Nor Azli memaklumkan, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan berhubung insiden kebakaran itu pada pukul 3.38 pagi.

Menurut Nor Ahmad Zaki Ashrafi, sepasukan 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Perlis dibantu BBP Kangar telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, operasi pemadaman itu turut dibantu 30 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari Simpang Empat, Padang Besar, Kuala Perlis dan Pauh bersama seorang anggota Pasukan Bomba Bantuan (PBB).

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan keluaran operasi mendapati kebakaran terbabit memusnahkan lapan buah kediaman.

“Selain rumah, sebuah motosikal turut hangus dalam kejadian berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Nor Ahmad Zaki Ashrafi berkata, pihaknya berjaya mengawal api daripada merebak pada pukul 4.40 pagi.

Katanya, operasi tamat sepenuhnya pada pukul 8.13 pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin berkata, kejadian itu bagaimanapun tidak membabitkan kehilangan nyawa atau kecederaan.

Beliau berkata, pasukan forensik bomba sedang menjalankan kerja-kerja siasatan terperinci di lokasi.

“Punca sebenar kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Penduduk terjejas hakisan di Kampung Baru Kapit akan dipindahkan ke penempatan baharu

SERAMAI 43 ketua isi rumah yang terjejas akibat hakisan tanah di Kampung Baru, Kapit, bakal dipindahkan ke penempatan baharu...

More Articles Like This