AIM turunkan caj pengurusan untuk empat skim pembiayaan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

AMANAH Ikhtiar Malaysia (AIM) membuat keputusan menurunkan kadar caj pengurusan sebanyak dua peratus bagi empat skim pembiayaan yang ditawarkan.

AIM dalam kenyataan memaklumkan, penurunan caj pengurusan itu membabitkan Skim Pembiayaan i-Wibawa, i-Sejahtera, i-Bestari dan i-Penyayang.

Menurut AIM, pengumuman penurunan kadar caj yang dahulunya sebanyak 10 peratus kepada lapan peratus itu dilakukan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar.

Katanya, Noh mengumumkan perkara itu ketika merasmikan program Karnival Usahawan dan Koperasi di Padang Astaka, Tanjong Karang.

“Penurunan caj pengurusan sebanyak dua peratus itu akan berkuat kuasa selama dua tahun bermula tahun hadapan hingga tahun 2023.

“Ia membabitkan peruntukan pembiayaan sebanyak RM970.39 juta dan akan memberi manfaat kepada kira-kira 380,000 Sahabat seluruh negara.

“Keempat-empat skim pinjaman ini mempunyai had pinjaman sehingga RM20,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, AIM memaklumkan, Noh turut mengumumkan pemberian rebat secara prorata kepada semua Sahabat yang melunaskan pinjaman lebih awal.

Baca artikel berkaitan: AIM bantu Sahabat terkesan bencana di Yan

AIM memberitahu, rebat prorata itu diberikan sehingga 50 peratus kadar caj pengurusan sekali gus bermakna lebih awal Sahabat melunaskan pinjaman, lebih tinggi diskaun yang akan diberikan.

Pada masa sama, Noh turut mengumumkan bahawa AIM membuka tawaran pinjaman kepada individu dalam kategori pertengahan (B50) dengan pendapatan isi rumah sebanyak RM5,880 ke bawah.

“Atas rasa kebersamaan dalam usaha memulihkan kembali ekonomi Sahabat yang terjejas akibat pandemik COVID-19, AIM juga tidak melupakan golongan pertengahan.

“Ketiga-tiga langkah yang dibuat AIM ini merupakan sebahagian daripada keprihatinan dalam menyambut serta menyokong konsep Keluarga Malaysia yang diinspirasikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Ia diharapkan dapat membantu menjana ekonomi Sahabat dan peniaga kecil seterusnya memulihkan negara daripada masalah serta kesan akibat pandemik COVID-19,” jelas AIM.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Saya akan pilih orang yang boleh bantu rakyat Malaysia, kata Michael Ang

PENERBIT dan pengarah terkenal, Michael Ang menegaskan beliau akan memilih individu yang mampu membantu rakyat Malaysia. Penegasan itu dinyatakan Michael menerusi...

More Articles Like This