Bajet 2022 pastikan kesinambungan konsep Prihatin Rakyat – Muhyiddin

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BAJET 2022 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz semalam jelas menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan kesinambungan konsep Prihatin Rakyat.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kesinambungan itu dapat dilihat dalam menyalurkan bantuan terus kepada golongan yang terkesan sama ada individu mahu pun perniagaan dalam semangat kebersamaan Keluarga Malaysia.

Muhyiddin turut meluahkan keyakinan bahawa Bajet 2022 akan terus memperkasa usaha-usaha pemulihan negara di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sedang giat dijalankan.

“Saya percaya bajet yang telah dibentangkan ini akan memastikan segala bentuk bantuan dan sokongan yang diumumkan akan sampai kepada sasaran lebih-lebih lagi kepada semua pihak dan sektor yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

“Ini amat penting dalam memastikan kejayaan tahun 2022 sebagai tahun pemulihan untuk Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bajet 2022 yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera’ menyaksikan RM332.1 bilion diperuntukkan – nilai tertinggi berbanding bajet-bajet sebelum ini.

Baca artikel berkaitan: Bajet 2022 bertema Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera, RM332.1 bilion diperuntuk

Sebanyak RM233.5 bilion daripada jumlah itu diperuntukkan bagi belanja mengurus, RM75.6 bilion untuk belanja pembangunan dan RM23 bilion di bawah Kumpulan Wang COVID-19.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, Bajet 2022 juga akan terus menyokong pemulihan negara melalui dasar fiskal yang mengembang dan dirangka berdasarkan keutamaan untuk memulihkan negara daripada kesan jangka panjang.

Katanya, ia merupakan cerminan tekad kerajaan untuk mengembalikan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama.

Peruntukan kedua terbesar kepada Kementerian Kesihatan, jelas Muhyiddin amat tepat bagi memacu pemulihan negara ke fasa endemik.

Muhyiddin berkata, peruntukan paling besar sebanyak RM52.6 bilion kepada Kementerian Pendidikan pula menunjukkan keutamaan kerajaan terhadap aspek pembangunan modal insan termasuk penyediaan fasiliti dan akses pembelajaran yang masih menjadi masalah utama murid luar bandar.

“Saya berharap dana yang diperuntukkan misalnya untuk membaiki sekolah daif dapat disalurkan ke sekolah yang benar-benar memerlukan yang belum pernah mendapat bantuan kerajaan.

“Saya menyeru agar semua rakyat Malaysia dapat bersatu padu dalam memastikan usaha pemulihan negara berjalan dengan lancar dan kita semua dapat kembali merancakkan pembangunan ekonomi serta kesejahteraan rakyat demi mencapai aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This