IBU kepada pelakon Betty Banafe, Fauziyah Gholib Nagib, 82, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru akibat jangkitan kuman dalam darah pada pukul 4.15 pagi tadi.
Malah Betty atau nama sebenarnya, Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe memaklumkan ibunyaa bertarung nyawa dengan pelbagai komplikasi penyakit lain termasuk tumor otak sejak 2010.
Kata Betty, ibunya dimasukkan ke hospital sejak dua hari lalu.
“Ibu meninggal dunia dalam keadaan tenang ketika tidur. Dia pergi tanpa disedari kerana tiada bunyi seperti orang nazak.
“Nafasnya terhenti dengan baik dan mudah. Kerana tumor otak juga, dia tidak merasai kesakitan dialami. Ibarat dia tahu dirinya sakit, tapi seperti tak diendahkan.
” Pada hujung usianya, daya ingatan ibu saya memang tidak bagus. Dia seperti ingat-ingat lupa. Malah mukanya juga mula membengkak kerana jangkitan kuman dan kegagalan buah pinggang,” katanya kepada URTV.
Menurut Betty, ketika mula ibunya disahkan mempunyai masalah tumor otak, doktor pernah meramalkan hayatnya hanya mampu bertahan dalam tempoh dua tahun.
“Bagaimanapun selepas 2013, nyawa ibu saya masih panjang dan terus bertahan hingga ke hari ini. Saya dan adik-beradik reda dengan takdir tertulis ini.
“Malah kami anak-beranak berlumba-lumba menjaganya dan berkongsi kasih sayang. Ibu memang segala-galanya untuk kami,” ujarnya.
Kata Betty lagi, ibunya juga sering memuji Ilahi biarpun dalam keadaan separa sedar.
“Semoga pemergian ibu akan dipermudahkan dan mendapat husnul khatimah. Ramai sayangkannya,” katanya.
Jenazah ibunya akan dikebumikan hari ini di Tanah Perkuburan Bukit Aliff di Johor Bahru.
Arwah ibunya meninggalkan lima anak dan 18 cucu.
Jadikan UtusanTV โshortcutโ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik โAdd to Homescreenโ
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

