TERDAPAT banyak makanan sihat yang baik untuk kesihatan di sekeliling kita. Namun begitu ada beberapa jenis makanan yang cenderung kita mengabaikannya, entah kerana tidak tahu bagaimana memasaknya atau hanya kerana bentuknya yang tidak menarik. Di bawah ialah lima makanan sihat yang mungkin sering tidak mempedulikannya, tetapi mengandungi banyak nutrien penting untuk tubuh:
Plum kering (prunes)
Sekali pandang memang kelihatan tidak menarik. Tetapi plum kering memiliki kandungan kalium dua kali lebih banyak berbanding pisang dan lebih tinggi kandungan antioksidan (38 peratus) berbanding blueberry! Bahkan, prunes juga menyediakan banyak serat makanan larut dan tidak larut – termasuk pektin, sejenis serat larut yang dapat menurunkan kadar kolesterol darah.

Bit
Bit mengandung serat, zat besi, dan vitamin C. Selain itu, makanan ini juga mengandung betasianin – bahan ampuh yang dapat melawan kanser dan telah terbukti membantu mencegah kanser usus besar. Bit juga mengandung antioksidan yang telah terbukti kadar keberkesanannya dalam menurunkan kolesterol secara total sekali gus meningkatkan HDL (kolesterol baik)! Namun harus diingatkan, agar tidak memasak bit terlalu lama, kerana aktiviti anti-kanser yang terkandung di dalamnya akan berkurangan.
Labu
Satu potong labu mengandungi hampir 3 gram serat serta beta karoten. Beta karoten adalah antioksidan yang dapat membantu meningkatkan fungsi kekebalan tubuh dan mengurangi risiko kanser dan penyakit jantung.

Terung
Bentuknya yang lonjong dan berwarna ungu memang kurang menarik perhatian. Tetapi jangan lihat rupa luarannya saja. Buah yang sering dijadikan sayuran ini memiliki jumlah serat dan mengandungi banyak Vitamin B1, B3 dan B6. Di samping itu, ia mengandungi asid chlorogenic – bahan paling ampuh dalam menangkal radikal bebas dan nasunin – antioksidan yang terbukti mampu melindungi lipid (lemak) dalam sel otak, mencegah kerosakan sel yang dapat menyebabkan kanser dan membantu mencegah rheumatoid arthritis.

Kacang
Sebuah penelitian menunjukkan sejumlah manfaat kesihatan daripada pengambilan kacang mulai mencegah kanser sampai pada mencegah penyakit jantung dan mengatur gula darah. Selain serat, kacang-kacangan juga memiliki kandungan tinggi antioksidan dan protein.


