Perikatan Nasional (PN) akan melancarkan manifesto pakatan itu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ahad ini, kata Penyelaras Gerak Kerja Penerangan Kempen PN bagi PRN Melaka Badrul Hisham Shaharin.
Badrul Hisham atau Che’gu Bard berkata manifesto yang antara lain berjanji untuk mewujudkan kerajaan stabil di Melaka dan antirasuah itu akan dilancarkan secara hibrid oleh Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Untuk memastikan standard operasi prosedur (SOP) dipatuhi, ia diumumkan secara hibrid,” katanya kepada ketika ditemui Bernama di sini hari ini.
Bagaimanapun Badrul Hisham berkata waktu pelancaran manifesto tersebut belum dimuktamadkan.

Rabu lepas Barisan Nasional (BN) melancarkan manisfeso BN ‘Melaka Lima Tahun’ bersempena PRN Melaka yang menggariskan satu matlamat di samping lima teras dan 103 inisiatif.
Baca: Sudah masanya landskap politik diubah, PN mampu selamatkan Melaka
Pilih PN, pembaharuan mesti dilakukan di Melaka – Abdul Hadi
Pakatan Harapan (PH) pula melancarkan manifesto Pelan Tindakan Maju Bersama Harapan yang mempunyai tiga teras utama iaitu Melaka Sejahtera, Melaka Makmur dan Melaka Stabil yang menggariskan 32 inisiatif.
SPR menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov dan undi awal pada 16 Nov, berikutan pembubaran DUN pada 4 Okt lepas selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap Ketua Menteri.- BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

