PENYANYI Aina Abdul tampil menjelaskan pemilihan busana serba hitam yang dipakai ketika ‘red carpet’ Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34) itu adalah kesinambungan kepada jalan cerita single baru yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Ujar Aina, rekaan busana itu adalah simbolik kepada bentuk bunga mawar bagi single baharunya.
“Konsep ini adalah kesinambungan jalan cerita dalam Aina Abdul yang baru sahaja dilancarkan. Inspirasinya adalah daripada mawar merah.
“Namun, malam ini, saya ingin tampilkan mawar hitam dan ia adalah simbolik daripada fesyen yang saya dah lama nak ketengahkan,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai kritikan yang dilemparkan oleh netizen di laman sosial, Aina bagaimanapun memilih untuk tidak membaca sebarang kecaman-kecaman tersebut dan hanya mengikut kata hatinya.
“Saya kurang baca kritikan dan sebab itulah saya rasa saya boleh bertahan. Kalau saya baca, saya takkan boleh tahan.
“Saya buat apa yang hati saya rasa betul dan saya nak setiap penampilan saya ada impak. Tapi, kritikan pun sebenarnya adalah publisiti yang bagus,” katanya.
Aina menyarung persalinan daripada rekaan Behati.
Aina diumumkan sebagai pemenang anugerah kategori Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular bersama Khai Bahar menerusi lagu Nafas Cinta.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

