PRN Melaka: Dr. Yadzil minta pengundi Bemban beri peluang kepada ‘orang baru’

Dari Penulis

CALON Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban N24, Dr. Mohd Yadzil Yaakob meminta pengundi kawasan tersebut agar memberi peluang kepada dirinya untuk mewakili mereka dalam pemerintahan kerajaan negeri Melaka.

Katanya, sebagai satu-satunya calon baharu di antara lima calon yang bertanding DUN tersebut, beliau menghormati pengalaman kesemua empat orang pencabarnya yang ‘heavyweight’ atau telah lama berkecimpung dalam bidang politik.

Beliau berkata, pengundi tidak harus hanya memandang isu pengalaman kerana jika ‘orang baru’ tidak diberikan peluang, tidak akan ada orang berpengalaman yang baru untuk dipilih menjadi pemimpin di masa depan.

“Di Poliklinik Hidayah, apabila hendak mengambil pekerja, memang betul pengalaman adalah ciri yang kita akan cari. Tetapi saya berfikir, inilah peluang untuk saya beri pengalaman kepada pekerja-pekerja (baru) yang saya ambil supaya mereka akan dapat pengalaman,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Dr. Mohd Yadzil Yaakob memeriksa kesihatan salah seorang penduduk.

Dr. Mohd Yadzil berkata, beliau berharap dapat menimba pengalaman untuk menjadi pemimpin yang baik dan seterusnya membantu masyarakat setempat jika diberi peluang.

“Kita kena belajar, kita tidak dilahirkan terus berdiri, berlari. Kita dilahirkan dengan merangkak, kemudian berjalan dan akhirnya berlari. Jadi itu yang perlu kita fikirkan, yang paling penting sekali seseorang pemimpin itu ingin berubah menjadi lebih baik dan ingin membawa perubahan kepada rakyat,” tambahnya.

Katanya, jika diberi peluang, beliau akan membuktikan bagaimana dapat membantu masyarakat melalui perancangan yang diatur agar ia tidak terkubur begitu sahaja.

Beliau berkata, pencalonannya merupakan satu amanah bagi membawa nama baik PN, terutama Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menawarkan perubahan politik negara bagi membentuk kerajaan yang lebih stabil, berintegriti dan mengamalkan konsep prihatin kepada rakyat.

“Secara khususnya PN sangat diterima rakyat, sepanjang kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan, beiau banyak menawarkan satu agenda prihatin kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata, ketika berlakunya penularan wabak Covid-19 di peringkat awal dan pada waktu sama kerajaan baharu terbentuk, PN membuktikan kerajaan ketika itu banyak membantu rakyat yang sangat terkesan pada waktu itu.

Katanya, Perdana Menteri ketika itu sangat prihatin kepada rakyat dan menggerakkan semua jentera bawahan supaya membantu rakyat pada ketika itu.

“Konsepnya nak memastikan ada makanan di setiap meja di rumah. Jadi, kita nampak (hasilnya) sekarang. Setiap kali saya pergi berkempen, berjumpa dengan rakyat, Alhamdulillah nama PN itu sudah berada di hati rakyat. Tinggal mereka perlu zahirkan sokongan pada waktu hari pengundian sahaja nanti,” katanya..

Beliau yakin pengundi akan memilih calon PN kerana rakyat telah dapat melihat bagaimana parti itu sangat prihatin kepada rakyat dan perlu diketengahkan untuk memimpin negara di masa yang akan datang.

Menyentuh mengenai potensi Bemban, Dr. Yadzil berkata, sebagai salah satu DUN di Jasin, masih banyak peluang pembangunan yang boleh dijalankan terutama bagi membantu mereka yang terkesan akibat Covid-19 seperti orang yang hilang pekerjaan, punca pendapatan dan peniaga-peniaga kecil yang cuba ‘survive’ untuk hidup.

“Jadi kita perlu gunakan apa kekurangan kepada Bemban untuk kita bangunkan, supaya wujudnya peluang-peluang pekerjaan baru,” katanya.

BERITA BERKAITAN Peluang rakyat Melaka wujudkan kepemimpinan berintegriti, prihatin – Muhyiddin

Penduduk Bemban juga sering menghadapi masalah banjir yang berulang dan perlu diberi perhatian oleh kerajaan yang akan dibentuk nanti agar mereka tidak hanya ditinggalkan dengan janji-janji kosong.

“Kita faham, banjir itu adalah satu bencana alam yang mungkin tidak dapat kawal, tetapi paling tidak kita dapat mengurangkan kejadian yang berulang-ulang berlaku. Seperti di Bemban sendiri, berlaku hampir empat atau lima kali banjir dalam masa dua tahun setengah ini.

“Sepatutnya ia tidak berlaku terlalu kerap. Semuanya disebabkan pembangunan yang mungkin tidak terkawal, tidak begitu terancang dan tidak memikirkan keadaan geografi sekeliling. Yang menjadi mangsa adalah rakyat Bemban,” katanya.

Beliau seterusnya berjanji kepada pengundi Bemban agar memberi peluang kepadanya untuk membawa perubahan kepada kawasan tersebut dan seterusnya menjadikan ia sebagai salah satu kawasan yang lebih maju. – UtusanTV

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Puad Zarkashi umum keluar parti, dakwa UMNO Johor ‘dikawal istana’

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengumumkan keluar parti itu serta-merta. Dakwa beliau, alasan utama...

More Articles Like This