BUAT hari keempat berturut-turut, kes baharu COVID-19 di seluruh negara kembali menunjukkan trend peningkatan.
Selepas merekodkan di bawah angka 5,000 kes, Ahad lalu, jangkitan COVID-19 bagaimanapun naik lagi pada hari seterusnya.
Sebanyak 6,144 kes telah dilaporkan hari ini, sekali gus menjadikan penularan naik lagi berbanding 5,755 yang dicatatkan semalam.
Kali terakhir kes berada pada paras di atas angka 6,000 adalah pada Jumaat lalu iaitu sebanyak 6,355 jangkitan.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, jangkitan kumulatif COVID-19 kini berjumlah 2.608 juta.
“Pada 25 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,144 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,608,979 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.
“Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya dalam hantaran di media sosial.
Baca artikel berkaitan: 5,755 kes baharu, Selangor rekod 1,511 jangkitan
Berdasarkan rumusan kes COVID-19 dikongsikan Dr. Noor Hisham, trend kes dalam tempoh tujuh hari di seluruh negara bagaimanapun menunjukkan penurunan sebanyak dua peratus.
Purata kes sepanjang tujuh hari pula adalah sebanyak 5,660 jangkitan.
Namun begitu, Melaka dan Pulau Pinang menjadi negeri yang menunjukkan trend peningkatan tertinggi iaitu sebanyak 15 peratus.
Sebanyak 210 kes secara purata dicatatkan di Melaka selama tujuh hari manakala 300 kes di Pulau Pinang.
Walaupun kes meningkat sejak empat hari lalu, namun kadar kebolehjangkitan atau nilai R-naught (Rt) kembali menurun di bawah 1.00.
Berdasarkan jangkitan semalam, Rt seluruh negara mencatatkan 0.99, turun sedikit berbanding 1.00 yang kekal bagi tempoh tiga hari berturut-turut.
Nilai Rt di Labuan mencatatkan kadar tertinggi iaitu 1.18 diikuti 1.12 di Putrajaya dan 1.05 di Kuala Lumpur.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

