Sebanyak 5,755 kes baharu dilaporkan hari ini dengan jangkitan kumulatif COVID-19 kini berjumlah 2.6 juta kes. GAMBAR: Abd Razak Aid

SEBANYAK 5,755 kes baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara hari ini.

Daripada jumlah itu, hampir 30 peratus kes dilaporkan di Selangor yang merekodkan 1,511 jangkitan.

Jumlah kes hari ini juga menyaksikan peningkatan 161 kes berbanding semalam yang melaporkan 5,594 kes.

Untuk semalam, Selangor melaporkan 1,397 kes diikuti Kelantan (640 kes) dan Johor (569 kes).

Jumlah jangkitan hari ini juga menyaksikan hari kedua berturut-turut kes baharu dilaporkan melepasi angka 5,000.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jangkitan kumulatif COVID-19 kini berjumlah 2.6 juta kes.

“Pada 24 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,755 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,602,835 kes.

Baca: Hampir 120,000 individu terima dos penggalak semalam

5,594 kes baharu, KP Kesihatan terus beri peringatan

“Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemas kini sekaligus selepas tengah malam,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram