Tak sangka 5 penyanyi Korea ini rupa-rupanya berbakat dalam bidang lakonan!

Dari Penulis

BUKAN sahaja pandai menyanyi dan menari, malah selebriti dari Korea Selatan ini turut berbakat dalam dunia lakonan sehingga menjadi kegilaan para peminat K-drama.

Malahan, bakat lakonan idol ini yang sangat hebat mampu membuatkan peminat terlupa seketika bahawa mereka ini pada awalnya bukan berlatarbelakangkan dari dunia lakonan.

Menariknya, ada juga penyanyi yang menyedari jiwa mereka sebenarnya lebih meminati bidang lakonan. Wow!

Jom! URTV bawakan senarai 5 penyanyi K-pop yang sangat hebat dalam dunia lakonan.

IU


Lakonan hebat IU dalam drama hit โ€˜Scarlet Heart: Ryeoโ€™ pada 2016 membuatkan ramai peminat turut terlupa bahawa IU merupakan seorang penyanyi solo. IU atau nama sebenarnya Lee Ji-Eun telah memainkan watak seorang gadis malang yang tanpa sedar berjaya menggembara ke masa lampau di Dinasti Goryeo. Malah, lakonan IU sebagai seorang yang berperwatakan keras dan tegas dalam drama โ€˜Hotel del Lunaโ€™ telah membuktikan dia seorang yang sangat berbakat kerana mampu membawa pelbagai watak berbeza.

Do Kyung Soo (EXO)

Siapa yang tidak mengenali penyanyi lelaki kumpulan EXO ini yang terkenal dengan lagu berjudul โ€˜Love Shotโ€™. Sejujurnya, lakonan D.O di dalam filem โ€˜My Annoying Brotherโ€™ telah berjaya menitiskan air mata peminat. Ini kerana D.O mampu membawa watak yang sangat unik iaitu seorang atlet muda yang mengalami kemalangan sehingga mengakibatkan dia kehilangan upaya untuk melihat. Bakat D.O lebih menyerlah apabila dia berjaya menjiwai seorang anak mangsa penderaan yang sentiasa optimis di dalam drama โ€˜Itโ€™s Okay, Thatโ€™s Loveโ€™ dan seorang Putera yang kesepian dalam โ€˜100 Days My Princeโ€™.

Park Hyung Sik (ZE:A)

Lakonan Park Hyung Sik sememangnya boleh membuatkan peminat teruja sehingga terlupa bahawa dia merupakan seorang penyanyi. Tidak kira watak apa yang dilakonkan oleh Hyung Sik dari kumpulan lelaki ZE:A ini, sememangnya ia sangat berkualiti dan mampu menarik perhatian ramai dengan wajahnya yang sangat tampan. Lakonannya di drama hit โ€˜Strong Woman Do Bong Soonโ€™ sebagai seorang pemilik syarikat permainan video yang sombong dan lucu masih mendapat tempat tertinggi di dalam carta K-drama yang wajib di tonton oleh peminat siri aksi romantik komedi. Terbaharu, Hyung Sik kini giat membawa watak sebagai seorang detektif di dalam drama Happiness.

Bae Suzy (Miss A)

Pertama kali berlakon dalam drama โ€˜Dream Highโ€™ pada 2011 telah berjaya membuatkan peminat kagum akan bakat luar biasanya. Rupa paras Suzy yang sangat menawan telah membuatkan dirinya menjadi fenomena sehingga diberi gelaran “The Nation’s First Love” di Korea Selatan. Lakonan Suzy sebagai seorang wartawan dalam drama โ€˜While You Were Sleepingโ€™ kepada seorang CEO yang sangat bekerja keras di โ€˜Start Upโ€™ membuktikan dirinya seorang pelakon yang berbakat oleh kerana mampu membawa pelbagai watak.

Yook Sung Jae (BtoB)

Ahli kumpulan BtoB, Yook Sung Jae ini bukan sahaja berbakat dalam nyanyian malah lakonannya yang mantap juga telah membuatkan dia berjaya menarik ramai peminat K-drama. Lakonanya di siri hit โ€˜Guardian: The Lonely and Great Godโ€™ sebagai Yoo Deok Hwa yang lucu dan nakal kepada Han Kang Bae seorang pemuda yang kesunyian dan baik hati di โ€˜Mystic Pop-up Barโ€™ telah menunjukkan bahawa dirinya seorang yang berbakat. Sung Jae sememangnya mempunyai kebolehan untuk menghidupkan watak yang sukar dan usahanya untuk berada di dalam dunia lakonan amat memberangsangkan.


Jadikan UtusanTV โ€˜shortcutโ€™ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik โ€˜Add to Homescreenโ€™

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV โ€˜shortcutโ€™ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layariย utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik โ€˜Add to Homescreenโ€™

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami diย TikTok,ย Facebook,ย Twitter,ย Instagramย &ย Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This