Pengawal keselamatan KSAB dilanggar sebelum pemandu melarikan diri ke Singapura – Ayob Khan

Dari Penulis

SEORANG pemandu kereta Proton Iswara bertindak melanggar pengawal keselamatan selepas enggan memberi kerjasama untuk diperiksa di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Tanjung Kupang dekat Iskandar Puteri semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata dalam insiden pada 4 pagi itu, mangsa iaitu seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun dilanggar pemandu yang juga lelaki tempatan berumur 42 tahun.

Beliau berkata Unit Peronda Iskandar Puteri sempat mengejar pemandu terbabit selepas menerima panggilan daripada mangsa yang mengalami cedera ringan.

“Pemandu itu melarikan diri menghala ke Singapura melalui jalan keluar lori eksport namun berjaya ditahan oleh polis Singapura,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Ayob Khan berkata individu itu akan diserahkan semula kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk siasatan lanjut selepas proses dokumentasi selesai.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 447 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut selepas terjatuh ketika mandi di kediamannya

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di bilik air kediamannya di Taman...

More Articles Like This