Tiada varian Omicron dikesan melalui kajian penjujukan genom setakat ini

Dari Penulis

KEMENTERIAN Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengesahkan tiada varian Omicron COVID-19 dikesan di Malaysia sehingga kini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba berkata hasil itu diperoleh berikutan aktiviti kajian penjujukan genom yang dilakukan oleh tujuh makmal termasuk Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI).

“Sehingga semalam, sebanyak 5,651 sampel telah dianalisis dan 3,885 sampel dikenal pasti sebagai varian jenis Delta manakala dua sebagai subvarian AY4.2 yang dikesan bulan lepas.

Sehingga kini, tiada varian Omicron COVID-19 dikesan di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas hadir Hari Graduasi MYHackathon 2020 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di ibu negara, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata MOSTI akan meneruskan kajian penjujukan genom untuk pemantauan agar tiada kemasukan varian baharu ke dalam negara.

Dr Adham turut berkata MGVI akan melaksanakan kajian penjujukan genom terhadap individu yang didapati positif COVID-19 di pintu sempadan negara.

Sementara itu, beliau berkata MOSTI melalui agensinya Cradle Fund Sdn Bhd memberikan geran bersyarat berjumlah RM4.5 juta kepada 18 pemenang MYHackathon 2021 yang mengemukakan solusi dalam penambahbaikan sistem penyampaian kerajaan secara digital.

Beliau berkata setiap pemenang akan menerima geran sehingga RM250,000 secara berperingkat bagi membangunkan idea penyelesaian digital mereka ke peringkat projek rintis.

Katanya, MOSTI dan Cradle Fund  memastikan penerima geran dipilih secara telus berdasarkan merit masing-masing.

Mengulas lanjut, beliau berkata Cradle Fund memainkan peranan untuk memantau serta memastikan projek rintis yang dibangunkan itu dilaksanakan dalam tempoh setahun oleh semua penerima geran.

Baca: KKM kemas kini negara lapor Omicron setiap hari – Khairy

Omicron: Kemasukan pelajar antarabangsa, pekerja asing ditangguhkan

Pertandingan MyHackathon yang dianjurkan sejak Oktober 2020 itu telah menerima sebanyak 1,853 penyertaan daripada seluruh negara sementara hanya 435 kumpulan telah disenarai pendek untuk diberi peluang membentangkan idea di peringkat separuh akhir sebelum 123 kumpulan dipilih ke peringkat akhir.

MYHackathon direka agar semua pihak dapat mengembleng usaha dalam mencari penyelesaian digital bagi permasalahan yang diketengahkan golongan sasar dan sebanyak 18 penyelesaian berjaya dibangunkan yang berpaksikan rakyat daripada pernyataan masalah yang dikenal pasti di semua peringkat kerajaan.

Dr Adham turut menyampaikan Anugerah Impak Sosial Terbaik kepada Ruzaimi Mohamed daripada Ozel Sdn Bhd dan Anugerah Projek Pengkomersialan Terbaik kepada Chai Kok Chin daripada NEUON AI dan mereka antara 18 pemenang pertandingan itu.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This