5 K-drama wajib tonton kalau anda peminat Song Hye Kyo!

Dari Penulis

AKTRES popular Korea Selatan iaitu Song Hye Kyo sememangnya terkenal dengan bakat lakonannya yang hebat sehingga berjaya menduduki carta nombor satu dari segi bayaran lakonan artis termahal sebanyak 200 juta won (RM708,424) bagi satu episod.

Song Hye Kyo yang memulakan kerjaya sebagai model dalam industri hiburan Korea mula popular menerusi lakonan pertamanya dalam siri ‘First Love’.

Jom! URTV bawakan 5 drama hit terbaik Hye Kyo yang wajib ditonton!

Full House

Drama ‘Full House’ ini ditayangkan pada tahun 2004 dan dibintangi oleh Hye Kyo dan Rain sebagai orang dewasa muda dengan personaliti bertentangan yang akhirnya hidup bersama secara kebetulan. 

Di sebalik kebencian yang mendalam antara satu sama lain, kedua-duanya membina hubungan yang ‘cinta-benci’ dan kemudiannya cinta sepenuhnya. Menariknya, ‘Full House’ ini merupakan salah satu siri komedi romantik terbesar sepanjang zaman kerana dianggap mempunyai peranan yang besar dalam memulakan gelombang Hallyu (Hallyu wave).

Worlds Within

‘Worlds Within’ dibintangi oleh pelakon kacak Hyun Bin sebagai Jung Ji Oh dan Hye Kyo sebagai Joo Joon Young yang menceritakan kisah realistik suka dan duka di dalam hubungan. Watak ini bekerja di dalam industri hiburan sebagai pengarah produksi dimana mereka sentiasa berhadapan dengan tekanan oleh kerana terpaksa menyampaikan K-drama yang mendapat penilaian tinggi sambil mengekalkan hubungan cinta mereka. Malah, terdapat babak percintaan yang mendebarkan antara dua pelakon ini yang pasti anda tidak mahu ketinggalan!

Descendants of the Sun

Drama hit Descendants of the Sun yang digandingkan bersama Song Joong Ki ini sememangnya merupakan salah satu drama yang sentiasa mendapat tempat pertama dalam carta hati peminat K-drama. Berlatarbelakangkan di negara Uruk, Iraq, drama romantik ini berkisahkan dua kekasih yang mempunyai pelbagai halangan untuk mereka besama. 

Drama yang menjadi fenomena antarabangsa ini sememangnya mempunyai baris ayat dan adengan yang boleh bikin hati peminat bergetar. Penonton masih tidak dapat melupakan kisah cinta romantik antara Kapten Yoo Shi-Jin dan Doktor Kang Mo-Yeon yang sarat dengan pelbagai unsur drama, aksi dan komedi.

Encounter 

Encounter mengisahkan tentang seorang anak kepada ahli politik Cha Soo Hyun yang dilakonkan oleh Hye Kyo dipaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintainya, bercerai, dan akhirnya pergi membawa diri ke Havana, Cuba untuk membina sebuah hotel. Pada hari pertamanya di Cuba, dia mengalami kemalangan, dan bertemu buat pertama kali dengan Kim Jin Hyuk (Park Bo Gum) seorang yang optimis. Memegang watak sebagai seorang yang tabah dan dingin  membuktikan bahawa Hye Kyo merupakan pelakon veteran sejati!

Now We Are Breaking Up

Drama yang masih baru ditayangkan ini menceritakan tentang Hye Kyo yang memegang watak sebagai Ha Young Eun, seorang pereka fesyen yang mempunyai impian besar untuk berpindah dalam syarikatnya. Digandingkan bersama pelakon kacak, Jang Ki Yong seorang jurugambar fesyen bernama Yoon Jae Guk yang terkenal dalam industri. Walaupun siri ini masih di peringkat awal, Hye Kyo menunjukkan bahawa dia seorang bintang yang mampu menarik penonton dari seluruh dunia


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This