“Yakin semua berlaku ada hikmahnya…” – Daiyan Trisha positif Covid-19

Dari Penulis

PENYANYI dan pelakon jelita, Daiyan Trisha berkongsi berita duka apabila dirinya disahkan positif Covid-19.

Khabar itu dimaklumkan sendiri oleh Daiyan, 27, menerusi sebuah hantaran yang dimuatnaik di Instagram miliknya.

“Salam semua. Dengan berat hati, saya memaklumkan bahawa saya telah disahkan positif Covid-19. 

“Saya pada awalnya menjadi kontak rapat dengan seseorang daripada pihak produksi yang disahkan positif pada Khamis.

“Bila saya dapat tahu, saya ketika itu masih negatif. Tapi Daiyan rasa tak sedap badan dan kebetulan ada satu majlis semalam,” ujar penyanyi lagu ‘Penat’ ini.

Tambah Daiyan, dia melakukan ujian saringan Covid-19 dan mendapati keputusannya adalah positif serta perlu menjalani kuarantin selama 10 hari.

“Jadi saya pergi untuk diuji semula pagi semalam, dan keputusannya positif. Saya telah kuarantin di rumah sejak itu. Set Daiyan pun dah berhenti penggambaran dan kami akan menjalani kuarantin selama 10 hari.

“Simptom saya adalah ringan iaitu migrain, sakit tekak dan kepala berat, tetapi ia tidak teruk atau apa-apa lagi dan saya masih sihat alhamdulillah,” kongsinya.

Perkongsian Daiyan Trisha

Daiyan turut menzahirkan kemaafan atas segala kesulitan dan meminta agar orang terdekatnya menjalani ujian saringan wabak tersebut.  

“Saya ingin memohon maaf kepada sesiapa yang mempunyai hubungan rapat dengan saya. Sila dapatkan ujian segera, saya sangat memohon maaf kerana telah menyebabkan kesulitan.

“Doakan Daiyan cepat pulih dan boleh bekerja balik ya, kerana saya suka bekerja. Mungkin ini je cara untuk akhirnya membuatkan saya berehat.

“Daiyan bersyukur atas ujian ini dan yakin semua yang berlaku ada hikmahnya,” ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This