Tak vaksin,Rita Rudaini tak takut hilang pekerjaan

Dari Penulis

PELAKON Rita Rudaini, 45, luah tidak takut hilang kerja akibat tidak mengambil suntikan vaksin Covid-19 kerana dia percaya, rezeki itu datang daripada Allah dan bukan tangan manusia.

Rita memaklumkan perkara itu melalui InstaStory di Instagramnya dengan mendedahkan dia kehilangan sumber pendapatan dan hak kebebasan gara-gara tidak menurut perintah yang ditetapkan.

Malah, dia juga pernah digugurkan daripada produksi drama 100 episod angkara masih belum mengambil dua dos suntikan vaksin.

“Aku hilang pekerjaan kerana enggan turut perintah. Aku juga hilang hak kebebasan. Tapi aku tidak peduli dan takut.

“Yang aku takut, kalau hilang Allah kerana dialah aku masih hidup. Dialah aku masih diberi rezeki entah dari mana datangnya,” ujarnya sayu.

Meskipun dia hilang pekerjaan, ibu kepada dua cahaya mata itu masih bersyukur kerana sering didatangi orang yang baik-baik untuk berkongsi rezeki bersamanya.

“Dia juga mengirimkan orang-orang yang baik untuk berkongsi rezeki dengan aku dan anak-anak. Itu cara Dia membantu aku.

“Walaupun aku bukan hamba-Nya yang taat dan baik dengan dia, segalanya aku serahkan kepada-Nya. Ya Rabb, terima kasih. Pimpinlah aku menjadi hamba-Mu yang taat. Salam jumaat,”tambahnya lagi.

Sebelum ini, nama Rita Rudaini menjadi kontroversi kerana dia lantang mempertahankan pendiriannya menolak suntikan vaksin serta menggelarkan dirinya sebagai ‘prosafe’ dan bukan seorang anti vaksin.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This