Bukan mudah menerima hakikat insan kesayangan pergi dahulu mengadap Pencipta. Lebih sukar andai sebelum ini segala urusan diuruskan sepenuhnya oleh si dia.

Menurut Zaiti Arshad, pemergian suami pada tanggal 21 Mac lalu membuatkannya tersentak. Kongsinya, kehilangan suami membuatkan dia takut bagaimana untuk meneruskan kehidupan sementelah arwah suami yang banyak menguruskan segala perbelanjaan dan kehidupan keluarga.

Walaupun sedang sarat hamil, namun dia tahu kehidupan harus diteruskan. Dan ujian yang hadir dijadikan pedoman untuk dikongsi bersama wanita lain yang turut kehilangan suami.

“21/3/21

Tarikh mengubah segalanya dalam hidup

Ditinggalkan

My husband was sleeping with me that night.. Bawak ronda2 then makan kat kedai pak chot petang tu, sempat call pomen aircond nak repair aircond estima. Maghrib kami solat jemaah utk kali terakhir, isyak dia bawak zarief solat di masjid alwi.

6am dia bercakap dgn saya, ‘sayang, abang susah nafas’, 7am his death was pronounced after 30 minutes cpr.

Perasaan? Takut

Saya seorang isteri yg sangat dependant, saya tak pernah tau berapa banyak suami bayar kereta, rumah, all the bills tiap2 bulan. Boleh dikira masa dia ada berapa kali saya isi minyak kereta. Berapa banyak duit yg dia allocate utk simpan.. Mcm mana nak bayar bill air pon saya tak reti.. Tak tau, tak reti.. Dari awal kawin kami dah setuju, dan saya redhakan duit gaji kami berdua dia manage utk selesaikan keperluan rumah tangga kami.

Saya takut, macam mana saya nak teruskan hidup? Dia dah takde.. I cant sleep for the first few night. Otak saya berfikir mcm2. Yg paling penting saya nak selesaikan hutang dia, so i wanna share my experiences after i lost him..

2 months before he left me

Saya dpt msg unifi ada bill tertunggak, so mcm biasa, saya suruh dia bayar. He was doing his work at the computer, dia tegur saya sebab tak penah ambil tahu pasal benda2 ni, and my answer to him ‘ala, kan abang ada buat semua tu’. Dia senyum and told me, ni tgk abg dah buat excell dlm pc ni monthly expenses kita.. I didnt even take a glance on it untill 2 days after he passed away.

Step 1:

Senaraikan simpanan, harta, hutang yg Arwah ada

Suami saya ada

1. Simpanan dalam akaun bank M (akaun atas nama suami, tapi ada bukti transaksi dr akaun saya setiap bulan) – ini simpanan bulanan kami sama2, asalnya kami kumpul duit nak pegi jalan2 ke osaka, tapi sebab pandemik tak jadi. Then i was pregnant with Zaraa.. Setiap kali pregnant, kami akan simpan duit utk baby yg bakal lahir, utk urusan akikah and etc, so simpan dlm akaun tu jugak

2. Duit gaji dan elaun dalam Bank I

3. Rumah yg kami duduk sekarang shared loan atas nama saya & dia – belum habis bayar

4. Kad kredit – BSN & bank islam

5. Kereta myvi – belum habis bayar

6. Motosikal – dah habis bayar

7. Sebidang tanah getah di perak

8. Simpanan tabung haji

9. Simpanan ASB

10. Personal loan – RHB & bank islam

Step 2:

1. Duit simpanan dlm akaun bank M & duit gaji dlm Bank I

Hari ke 2 lepas suami pegi, saya decide utk bincang. Sebab mak ayah masih ada, jadi mengikut hukum, ada bahagian dia yg perlu saya bahagikan mengikut faraid. My concern was, kalau saya tak keluarkan duit tu, bila akaun dh beku lepas daftar kematian, duit tu kena tunggu bicara baru dapat. Saya bincang dgn keluarga, saya jelaskan bukan semua duit tu duit arwah dan saya nak keluarkan duit tu. Dan saya juga nak guna duit tu utk bayar mana2 hutang yg ada. Semua bersetuju utk serahkan semua duit simpanan ni kepada saya dan anak2.

PENTING : perlu tahu nombor pin & password online banking pasangan masing2 dan wajib bincang dengan waris yg terlibat sebelum buat keputusan sendiri. Especially kalau isteri tak kerja, banyak urusan berikutnya perlu guna duit.

Utk duit dlm bank gaji dia, juga saya keluarkan. 2 minggu kemudian saya dapat surat dr majikan suami utk bayar balik gaji yg telah suami terima, gaji March dibayar sehingga 31/3/21,suami meninggal pada 21/3/21, jadi gaji dari tarikh 21/3/21 – 31/3/21 perlu dibayar balik secara tunai. Jadi hal ni selesai.

Untuk urusan selanjutnya, cuma boleh diselesaikan setelah ada surat daftar kematian

Buat banyak2 salinan dokumen berikut

– surat daftar mati

– permit menguburkan

– salinan ic arwah

– salinan ic sendiri

– surat nikah

– sijil lahir & mykid anak2

– untuk pekerja kerajaan yg masih ada ibu bapa masa meninggal, kena ada salinan surat beranak si mati & ic ibu/ayah (utk urusan pembayaran ganjaran pencen)

Sediakan 1 fail khas, letak semua sijil asal & salinan dalam 1 fail.

2. Rumah (shared loan)

Rumah kami atas nama saya dan suami, maka 50% bahagian suami mesti difaraidkan. Yang ni saya belum selesaikan sebab ada beberapa prosedur kena buat di Pejabat Pusaka Kecil. Saya akan selesaikan selepas saya bersalin & i will share later.

Mengenai loan rumah (kami ambil bank loan, bukan loan kerajaan)

– insurance akan cover bahagian arwah, tapi bukan 100%. Sementara urusan selesai, masih kena bayar bayaran bulanan macam biasa (yg ni pun masih pending, mak buyung tak larat nak ulang alik pegi bank)

3. Kad kredit

BSN – bawa surat mati, kad kredit & salinan ic arwah ke kaunter, bgtau nak check balance. Bawak duit siap2 utk bayar supaya dpt selesaikan hutang. Bila settle, terus gunting kad tersebut. Settle dlm masa 2 jam lebih kurang

Bank islam – ada takaful, bawa surat mati, kad kredit & salinan ic arwah ke kaunter, isi borang dan tunggu proses dr bank islam ( ini saya belum dpt feedback dr bank islam). Tapi tak payah bayar.

5. Kereta myvi – ni pun masih pending, sebab kena masuk bicara di pusaka kecil. Road tax boleh renew utk 6 bulan sahaja. Bayaran bulanan kena sambung bayar mcm biasa.

6 & 7 – motosikal & tanah – pending

8. Simpanan tabung haji

Arwah suami memang letak nama saya sebagai penama. Bukan bermakna dpt duit kat saya semua ye, penama memikul tanggungjawab melangsaikan hutang dan  membahagikan secara faraid.

Pegi ke tabung haji, bawak fail dokumen tadi. Urusan di kaunter tak ambil masa lama. Termasuk urusan pembatalan permohonan haji utk arwah. Duit simpanan masuk terus ke akaun TH saya selepas 3 minggu.   Suami saya sentiasa pesan kepada saya, duit simpanan bahagi sama rata utk anak2, tak kira lelaki atau perempuan, tapi anak kami semua lelaki. Saya tolak bahagian utk buat badal haji dan bahagian faraid utk diri sendiri, mak dan ayah pun serahkan bahagian faraid mereka utk anak2 kami. Boleh transfer direct ke akaun anak2. Kalau tak nak transfer terus, make sure tulis amaun yg kita terima di satu tempat, ini amanah kita sebagai penama, selesaikan hutang arwah dan bahagikan selebihnya kepada yg hak, jgn pandang remeh menguruskan harta anak yatim.

Kalau akaun sendiri kita namakan pasangan yg meninggal sebagai penama, jangan lupa tukar penama kepada org lain. Ada 2 pilihan, sama ada nak dihibahkan atau menamakan penama. Saya pilih penama dan letak nama adik saya sebab anak2 belum capai umur 18 tahun. Penama ni boleh ditukar kemudian. Selesai di TH.

9. Simpanan ASB

Kalau simpanan kurang dari rm10k, waris boleh tuntut di ASB, tapi kalau lebih rm10k,tuntutan kena melalui amanah raya. Simpanan suami tak sampai 10k, jadi urusan di kaunter sahaja. Selesai urusan, dapat cash duit khairat bergantung kepada jumlah simpanan arwah. Khairat tak perlu difaraidkan.

Duit simpanan tersebut masuk ke akaun asb waris yg menuntut selepas lebih kurang 3 minggu. Sekali lagi, simpanan arwah yg diterima mesti difaraidkan setelah tolak hutang yg perlu dijelaskan. Selesai di ASB.

10. Personal loan

Suami saya buat pinjaman ada takaful. Bawa dokumen tadi ke bank. Saya dah dpt surat dari RHB yg semua covered by insurance dan tak perlu bayar apa2. Utk bank islam saya masih menunggu feedback.

Panjang lebar sharing hari ni. This is based on my experiences. Sahabat2 saya Asilah Alqarny dan Wan Zaihana banyak sangat bantu saya. Walaupon sedih lepas dia pergi, saya gagahkan diri utk selesaikan.

Semoga mengalir pahala utk suami saya, kerana asbab kematian dia saya melalui semua ni dan jujur saya tak pernah ambil tahu tentang semua ni sebelum ni..

Jika Allah izinkan, ada lagi yg saya nak share later

Till then, mohon doa sahabat semua supaya Allah kuatkan rahim saya utk membawa anak bongsu Faisal Pessot at least 3 minggu lagi. Anak yg hanya akan kenal daddy dari gambar & cerita2 kami… Anak yg kehadirannya hanya saya ketahui 10 hari selepas suami pergi.. Doakan kami ye..

With ❤️

DrZaitiArshad

Isteri kesayangan.”

Sumber : Zaiti Arshad