Ibarat berjalan tanpa kasut. Panduan pilih kasut anak

Dari Penulis

BEGITULAH keselesaan berjalan andai ibu bapa bijak memilih kasut untuk digayakan anak-anak.

Semasa anak anda belajar berjalan, dia perlu merasakan lantai di kaki agar dapat membantu mengimbangi badannya. Maka, elak kasut pertama bayi anda daripada rekaan kasut yang menutup bahagian buku lali kerana adakalanya ia menjadi terlalu ketat atau keras sehingga menyukarkan bayi anda bertatih.

Tambahan pula, ia boleh mengganggu pertumbuhan dan penguatan otot-otot secara semula jadi. Namun, sebagai ibu yang suka melihat bayi bergaya, bolehlah sarungkan kasut ala Cinderella ataupun sandal bertali siang yang comel ketika bersiar-siar. Perhatikan TIGA anduan bijak semasa anda membeli kasut si comel sperti berikut :

FLEKSIBEL

Kasut pertama bayi anda perlulah mempunyai tapak kasut yang amat lembut. Pastikan anda boleh melipat atau memutar kasut tersebut dalam sebarang arah. Malah anda perlu dapat merasa jari-jemari kaki si comel menerusi bahan kulit kasut.

BOLEH BERNAFAS

Bagi memastikan kasut tersebut boleh dimasuki angin, pilih bahan kulit atau fabrik termasuk kanvas. Bahan-bahan berkenaan lebih mudah lentur mengikut pergerakan bayi sambil menyediakan sokongan pada jari-jemari semasa berjalan.  Elakkan kasut plastik.

SELESA

Pastikan kasut yang anda beli melepasi ujian ‘jari’ di mana anda boleh masukkan jari di celah antara ibu jari dan hujung kasut bayi (semasa bayi menyarungnya). Kasut pertama bayi juga perlu lulus ujian ‘picit’ – anda harus boleh ‘memicit’ antara ibu jari dan jari hantu cuba picit sedikit bahagian paling lebar kasut bayi untuk memastikan keselesaan bayi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Patutlah Sentiasa Berseri! Rahsia ‘DNA Ikan Salmon’ Scha Alyahya Akhirnya Terbongkar

SIAPA sahaja yang tidak terpesona melihat kejelitaan rupa paras dan sosok tubuh pelakon serta ikon fesyen tersohor, Scha Alyahya?  Walaupun...

More Articles Like This