Bernina Express, keretapi teragung dengan pemandangan paling cantik dan dramatik

Dari Penulis

“Bernina Express.

Dalam banyak train service train di Switzerland, Bernina Express selalu dinobatkan sebagai pengalaman menaiki keretapi teragung dengan pemandangan paling cantik dan dramatik.

Jadi aku sanggup berpecah dari travel buddy di Munich,untuk rasai sendiri. Dari Zurich , sudah bayangkan macam-macam. Perjalanan epik, dihidang landskap luarbiasa, gunung bersalji, membelah lembah dan melalui tasik membiru. Oh indahnya.

Sungguh. Membayangkan gunung bersalji di Swiss yang akan terganti dengan keanggunan alam semulajadi dan bangunan klasik Italy, buat aku rasa tidak sabar. Excited.

Bernina Express mengambil masa selama 4 jam, menjadi pilihan yang boleh dijadikan return day trip. Aku nak sharekan sedikit.

Di sebelah Switzerland, selalunya pemandangan bersalji sebelum diganti dengan pemandangan Mediteranean di Itali.

1. Train ini agak senyap berbanding train biasa. Tingkap tidak ada bingkai kecil, jadi pemandangan keluar lebih bebas dan luas. Kita boleh lihat sekeliling, kiri dan kanan tanpa perlu berpindah tempat duduk.Terasa seperti kita duduk di dalam akuarium yang besar.

2. Ia melalui 55 terowong, 196 jambatan dan viaduct, cukup banyak untuk membuatkan mata kita cukup sibuk mengagumi sekeliling.

3. Laluan utama adalah antara stesen Chur (di Swiss) dan stesen Tirano (di Itali). Boleh bermula dari mana-mana  stesen. Jika bermula dari Zurich, pemandangan pun sudah sangat cantik melalui Obersee disebelah kiri melepas Rapperswill.

4. Perjalanan epik Bernina Express bermula dari Chur dimulakan dengan pemandangan istana-istana yang berada atas di gunung yang tidak terkira banyaknya. Ia melalui Thusis dan Tifencastel melalui Lembah Domleschg.

5. Satu jam kemudian, jangan terlepas pengalaman menyaksikan gerabak keretapi ini melintasi Landwasser Viaduct sebelum masuk ke terowong ke Filisur. Dibina pada tahun 1901,  ia adalah kejuruteraan Swiss yang gempak yang dibina dengan menggunakan kren tanpa scaffolding. Cer Google. Popular satu dunia.

6. Kemudian ia terus mendaki melalui lembah Upper Engadine dan merentasi Pontresina. Ia terus mendaki sehingga ke puncak tertinggi 2,253 meter dari aras laut di Ospizio Bernina.

Landwasser Viaduct.

7. Dari puncak ini gerabak mula menuruni Poschiavo Valley, melalui landasan melengkung 360 darjah di Brusio Viaduct. Ia sangat cool kerana dapat merendahkan kelajuan gerabak tanpa terasa secara  mendadak dari puncak gunung turun ke lembah.

8. Dan dengan sekelip mata pemandangan gunung bersalji digantikan dengan pemandangan perkampungan yang bercirikan Mediterranean. Terasa seperti masuk ke tempat yang baru.

9. Bila masuk ke Itali, perkataan dan nama tempat juga sudah menggunakan perkataan Itali juga. Yang aku ingat selalu, perkataan Itali ni selalu berakhir dengan huruf O.

10. Bernina Express berakhir di Tirano, Itali. Sebuah pekan kecil. Perjalanan dari Tirano pula akan menggunakan train tempatan ke Milano Centrale selama 2 jam lebih.

Cermin besar dan luas. Boleh tengok pemandangan, sambil santai-santai.

11. Untuk membeli tiket Bernina Express perlu ada 2 proses iaitu beli tiket dan booking seat. Jual macam asing-asing. Boleh keliru disitu.

12. Harga tiket sehala 2nd class ala marhaen sekitar CHF63 (sekitar RM300), kemudian kena bayar untuk booking seat sekitar CHF10-CHF26 (sekitar RM48-RM100).

Simpan maklumat ini rapi-rapi. Moga satu hari kalian akan sampai pula ke sini.

Catatan kembara

Irwan Dahnil

Tertidur dalam dakapan Bernina.

Brusio Viaduct melengkung 360 darjah.

Nota bucu : Perjalanan Bernina Express adalah pilihan dalam trip Travel Buddy ke Switzerland Mac & September 2022. First come, first served, 6-8 orang sahaja dalam kumpulan kecil. Borang pendaftaran di channel Telegram t.me/idjalanlagi.”

Brusio Viaduct melengkung 360 darjah ketika summer.

Sumber : Irwan Dahnil


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

KPJ Healthcare Alih Fokus TK2026 Kepada Penerapan Kesihatan Baharu Termaju

PENYEDIA perkhidmatan kesihatan swasta, KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare), mencatatkan prestasi kewangan yang memberangsangkan bagi Tahun Kewangan 2025 (TK2025)...

More Articles Like This