al-Quran bukan kitab sains

Al-Quran bukanlah sebuah kitab sains. Dua pertiga daripada kitab itu adalah berkaitan akhlak. Adalah menjadi sebahagian daripada akidah untuk mempercayai bahawa al-Quran merupakan firman Allah s.w.t, dan tidak ada sesuatu di dalamnya bertentangan dengan sains.

Fakta-fakta sains boleh diterima, tetapi kita perlu berhati-hati agar tidak menerima hipotesis sains sebagai fakta. Contohnya, hipotesis asal usul kejadian manusia dalam teori Darwin dan Big Bang.

Jika kita mempunyai fakta yang mungkin kelihatan bertentangan dengan agama Islam, pendirian intelektual yang harus dipegang ialah, tunggu dan lihat. Ini kerana akan ada fakta lain yang boleh menyokong.

Hari ini, dalam kalangan ahli biologi, mereka mempersoalkan pelbagai perkara mengenai Darwin. Sebagai manusia yang berpegang kepada agama, kita perlu berhati-hati agar tidak menerima jawapan semasa, sebagai sesuatu yang muktamad, dan cepat menyatakan sesuatu yang dibuktikan dalam sains itu ada disebut di dalam al-Quran.

Sesuatu yang dianggap benar hari ini mungkin salah, ia mungkin cuma hipotesis. Ramai orang Islam hari ini ghairah mahu membuktikan kebenaran al-Quran dengan mengadaptasi interpretasi kitab itu dengan beberapa hipotesis sains. Ini satu kesilapan. Usah terjemahkannya sebagai bacaan saintifik, sebab al-Quran bukanlah bacaan sains.

Tidak ada apa di dalam al-Quran yang bertentangan dengan sains, tetapi sains hari ini bukanlah bacaan muktamad untuk memahami kitab itu. Memang terdapat di dalam al-Quran perkara-perkara yang menakjubkan.

Contohnya, air masin dan air tawar tidak bercampur dan bagaimana Allah s.w.t menyatakan bahawa Dia boleh menghidupkan kembali manusia, malah mencipta semula hujung jari mereka. Bagaimana semua itu sudah diketahui pada abad ke-7?

Sebab itu kita tidak perlu takut dengan sains. Penemuan sains boleh membantu kita memahami al-Quran dengan lebih mendalam. Kita perlu mempunyai cara tertentu apabila berhadapan dengan sains; tidak takut apabila berdepan dengannya, tidak terlalu cepat menerima atau membuat rumusan, dan pada waktu yang sama, berhadapan dengan pelbagai soalan yang ditimbulkan oleh para saintis.

2/3 dari al-Quran adalah berkaitan akhlak bukannya sains

Sains boleh membantu  memperkukuhkan keimanan, dan iman yang kukuh juga bermakna kita mempunyai kefahaman yang mendalam mengenai dunia.

Terdapat trend dalam komuniti Islam di Timur dan Barat yang menterjemah teori kreasionis Kristian ke dalam kerangka Islam. Ini sangat bahaya. Kita berbeza daripada cara kreationis yang simplistik, yang menafikan sepenuhnya evolusi. Kita percaya langit dan bumi dicipta dalam beberapa siri masa dan melalui perubahan dalam tempoh itu.

Adakalanya sains, dan realiti dunia sekarang, membuat kita menilai semula maksud satu perkataan atau ayat di dalam al-Quran. Contohnya, ayat yang menyebut kekuasan Allah yang boleh menyusun kembali jari-jemari manusia dengan sempurna apabila dibangunkan semula pada hari kiamat surah al-Qiyaamah: 1-4.

Pada abad ke-7 jari-jemari dianggap sebagai sebahagian kecil tubuh, tetapi kini kita faham maksudnya lebih mendalam, kerana setiap orang mempunyai cap jari yang unik. Jadi sekarang kita boleh menilai kembali sesetengah konsep di dalam al-Quran. Sebab itu sains membantu kita memahami al-Quran dengan lebih mendalam. Wallahu a’lam

____________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShareFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare