Sebut sahaja Switzerland, sudah terbayang pemandangan indah yang terbentang luas bak syurga. Dan terdapat pelbagai cara untuk menikmati keindahannya, termasuk menaiki tren yang disediakan khas untuk pengunjung.
Tip yang dikongsikan Lyna Noh ini dapat dijadikan panduan andai anda bercuti ke sana nanti.

“Best Train Route Switzerland 🚂
Switzerland terkenal dgn scenic trains. Selain yang famous seperti Glacier Express & Bernina Express, ada banyak scenic train route 🇨🇭 yg boleh kita nikmati.
Since ramai yg plan ke Switzerland, sedikit tips mungkin boleh bg panduan & idea.
Let’s Go!

1 🚂 Golden Pass
Route : Lucerne – Montreux
Golden Pass ni ada 3 separate train, dari Lucerne ke Interlaken Ost, Luzern-Interlaken Express; & jgn lepaskan peluang untuk menaiki train ala2 Oriental Express, Belle Epoque dari Zweisimmen ke Montreux, vice versa.
2 🚂 Gotthard Panorama Express
Route : Lucerne – Lugano
Perjalanan dari Lucerne ke Flüelen dgn bot, & sambung ke Lugano dgn train.


3 🚂 Mont Blanc Express
Route : Martigny – Chamonix
Nikmati perjalanan di kawasan pergunungan dari Martigny di Switzerland ke Chamomix di Perancis.


4 🚂 The Chocolate train
Route : Montreux – kilang coklat Cailler-Nestlé di Broc
Train Belle Epoque dari Montreux ke Gruyeres & sambung dgn bas ke Broc. Tak payah bawa budak2, mak pak budak pun excited.


5 🚂 Voralpen Express
Route : Lucerne – St Gallen
Ia adalah regional train yg mana penduduk di sini commute dari Lucerne ke St Gallen, tapi still cantik sgt the ride melalui bandar2 kecil, moor & train viaduct tertinggi.


6 🚂 Mountain Railways
Of course Switzerland mestilah ada banyak mountain railways yg sangat cantik. Antara yg menarik adalah:
🏔 Rigi – cogwheel railway pertama di Eropah
🏔 Pilatus – cogwheel railway tercuram di dunia
🏔 Titlis – aerial cableway dgn kabin berpusing yg pertama di dunia
🏔 Stanserhorn – aeriel cableway dgn kabin terbuka yg pertama di dunia
🏔 Stoos – funicular tercuram di dunia
🏔 Jungfraubahn – Top of Europe
7 🚂 Glacier Express
Route : St Moritz – Zermatt
Train panorama yg terkenal sebagai ‘world slowest express’ yg memberikan transparensi maksima utk kita melihat panorama indah di sepanjang perjalanan.


8 🚂 Bernina Express
Route : Chur, Landquart- Tirano, Itali
Tahun 2019 diorang sambung dari Davos ke Landquart, train ni melaui UNESCO sites & dikenali sebagai the most scenic sightseeing trip.


9 🚂 Regional trains
Tanpa naik scenic train pun, regional trains di Switzerland dah cukup utk membuatkan biji mata kita terbuntang dgn pemandangan yg superb indah.
Notes:
🚊 🚆 🚂 Jenis2 train di Switzerland:
IC – InterCity trains, travel antara bandar2 besar di Switzerland.
IR – InterRegio trains, travel ke region2 & bandar2 kecil
RE – RegioExpress trains, sama seperti IR cuma berhenti di lebih banyak stesen
R – Regio train, kalau nak stop di stesen kecil2
EC – EuroCity train, untuk travel ke negara2 lain dari Switzerland
EN – EuroNight trains, sama mcm EC tapi train malam
S – S bahn, travel di antara bandar2 utama.
TGV – train laju untuk ke France
🎫 Train pass
Saver Day Pass
Swiss Travel Pass & Travel Pass Flex
Half Fare Card.”
Sumber : Lyna Noh