Nikmat sihat dan lapang

Menurut Ibnu Abbas r.huma, telah bersabda Baginda s.a.w. “Dua nikmat yang selalu dipersia-siakan oleh sebahagian besar manusia ialah nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang” HR Bukhari

“Seseorang tidaklah dikatakan memiliki waktu luang hingga badannya sihat. Barang siapa yang memiliki dua nikmat ini (waktu senggang dan nikmat sihat) hendaklah ia bersemangat. Jangan sampai ia tertipu dengan meninggalkan syukur pada Allah atas nikmat yang diberikan.

Bersyukur adalah dengan melaksanakan setiap perintah dan menjauhi setiap larangan Allah. Barang siapa yang luput daripada syukur seperti ini maka dialah yang tertipu” (Ibnu Batthal)

“Terkadang manusia berada dalam keadaan sihat, namun ia tidak memiliki waktu luang kerana sibuk dengan urusan dunianya. Dan terkadang pula seseorang memiliki waktu luang namun ia dalam keadaan tidak sihat. Apabila terkumpul pada manusia waktu luang dan nikmat sihat, sungguh akan datang rasa malas dalam melakukan amalan ketaatan. Itulah manusia yang telah terpedaya” 

“Barang siapa yang memanfaatkan waktu luang dan nikmat sihat dalam rangka melakukan ketaatan, maka dialah yang akan berbahagia. Sebaliknya barang siapa memanfaatkan kedua-duanya dalam maksiat, dialah yang betul-betul tertipu. Sesudah waktu luang akan datang waktu yang penuh kesibukan. Begitulah pula sesudah sihat akan datang keadaan sakit yang tidak menyenangkan” (Ibnu al-Jauzi)  

“Aku tidak suka melihat seseorang yang berjalan tanpa mengendahkan ini dan itu, iaitu tidak peduli penghidupan dunianya dan tidak pula sibuk-sibuk dengan urusan akhiratnya” (Umar al-Khattab r.a.)

Semoga tahun baru 2022 ini diharungi dengan menambahkan lagi ketakwaan kita kepada Allah S.W.T. serta menjadikan kita hamba yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmat atau musibah yang Allah kurniakan kepada kita. Ingat, nikmat bukan semestinya bukti Allah sayang, dan musibah bukan pula tanda Allah benci. Wallahu a’lam

____________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShareFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare