Tahniah! Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie sah bergelar suami isteri

Dari Penulis

DENGAN sekali lafaz, pasangan penyanyi Azzam Sham dan Sheryl Shazwani sah disatukan sebagai suami isteri pada jam 10 pagi tadi di Masjid Nurul Ehsan,Taman Medan.

Muhammad Azzammuddin Lop Hisham, 24 atau Azzam menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 bersama dulang cek hantaran, cincin, gelang dan mas kahwin buat isteri tercinta, Sheryl di majlis pernikahan tadi.

Sheryl Shazwanie Shamsulbahri atau Sheryl telah mengenali Azzam selama lebih enam tahun ketika mereka berada di dalam syarikat rakaman yang sama lagi dan mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada awal September tahun lepas.

Pasangan sama cantik sama padan ini turut membuat majlis resepsi di Shah Alam pada hari ini, yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Dalam pada itu, Azzam yang muncul di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik semalam, telah membawakan lagu ciptaan Asfan Shah dan Fedtri Yahya yang berjudul Cinta Jangan Pergi.

Azzam turut menzahirkan rasa syukurnya dan mengakui dirinya gementar apabila memikirkan tentang persediaan di pentas semifinal dan serta persediaan perkahwinannya pada hari ini.

“Namun segalanya dipermudahkan oleh Yang Maha Esa dan bersyukur kerana diberi peluang ke pentas semifinal, dan sekiranya diberi peluang ke pentas Anugerah Juara Lagu, saya tidak akan mensiakan peluang emas itu dan berjanji melakukan yang terbaik,” katanya yang mempunyai perancangan untuk mengeluarkan single bersama isteri, Sheryl.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelan Induk JS-SEZ: Bangkitkan isu bukan untuk mencela atau salahkan mana-mana pihak – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan kenyataan beliau berhubung Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) bukan...

More Articles Like This