Heliza Helmi bergelar isteri ahli perniagaan ‘viral’

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

TAHUN baharu 2022 dibuka dengan perkhabaran gembira apabila penyanyi,pelakon dan pengacara Heliza Helmi kini bergelar isteri kepada ahli perniagaan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

Pasangan itu sah bergelar suami dan isteri dengan sekali lafaz pukul 11.11 pagi tadi di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya.

Heliza menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah Al Quran pada majlis yang diadakan secara tertutup.

Berita tersebut disahkan oleh perunding majlis yang dikenali sebagai Fizz daripada BenSignatures Event Wedding Planner.

“Butiran selanjutnya juga belum berjaya diperolehi kerana mereka masih diraikan di atas pelamin.

“Heliza memberitahu akan berkongsi butiran lanjut tidak lama lagi,” katanya.

Selepas akad nikah, pasangan mempelai diraikan bersama ahli keluarga dan kenalan terdekat di Lanai Asmara, Putrajaya.

Difahamkan, Heliza dan suami akan diraikan dalam majlis resepsi di hotel terkemuka.

Sebelum ini, Heliza atau nama sebenarnya Nur Heliza Helmi tidak pernah tertekan meskipun sering diasak dengan soalan berkenaan perkahwinan.

Jelas Heliza, fokusnya hanyalah ingin menjayakan misi kemanusiaan selain mahu memberi tumpuan kepada keluarga. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This